Tak perlu umum di media sosial kalau dah berhijab, rupanya ini pesanan Pekin Ibrahim pada isteri

Pelakon Pekin Ibrahim mendedahkan isterinya iaitu akres Mona Allen tidak pernah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan untuk memakai tudung. Menerima baik perubahan tersebut, Pekin bagaimanapun menasihati isterinya agar tidak membuat sebarang pengumuman di media sosial mengenai imej berhijab itu. “Saya tak pernah paksa dia bertudung… mulanya saya ingat dia tak serius, tapi dua tiga hari dia bertudung dan ada satu hari tu bila kawan saya datang rumah, dia sibuk nak mencari tudung untuk dipakai. “Dia tak beritahu saya pun nak bertudung. Tapi saya pesan pada dia, tolong jangan umum dekat media sosial dah bertudung. Biarlah kalau nak post gambar bertudung tapi jangan sekali kali cakap ‘aku dah berhijab’.

“Sebab saya tak nak nanti, angin dia berubah, tiba-tiba nak buka tudung. Nanti lagi la warganet kritik, bukan kata warganet saja tapi saya sendiri akan hentm,” katanya kepada Gempak. Sekitar Jun lalu, Mona mula memuat naik foto mengenakan hijab di laman sosial tanpa sebarang penjelasan atau pengesahan ketika dirinya sedang hamil cahaya mata pertama. Sementara itu, Pekin juga beranggapan ramai selebriti menerima lebih banyak tawaran berlakon selepas mengambil keputusan untuk berhijab. “Bagi saya, once dah buat kena komited. Kalau rasa masih nak ‘try’ lagi, jangan la umum. Lagipun, rezeki ni Allah yang bagi. Ramai saja yang bertudung, job berlambak-lambak. Bila bertudung ni, biar niat dengan betul,” ujarnya.

Komen warganet:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, gempak.com. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.