Dah mula tunjukkan perkembangan positif tapi perlu buat rawatan ini, Ibu dedah keadaan terkini Nad Zainal

KEADAAN kesihatan pelakon Nad Zainal yang kini masih berada di unit rawatan rapi, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif. Perkara itu dikongsikan oleh pengacara Sherry Al Hadad kepada beberapa orang rakan artis yang memuat naik perkongsian terkini di laman Instagram mereka. “Doktor dah hubungi, hari ini semakin baik. Akan dirawat oleh doktor buah pinggang pula sebab terdapat kesan sedikit terjejas. “Bagaimanapun hari ini keadaannya lebih elok berbanding semalam. Mesej daripada emak Nad,” tulis penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah di Instastory.

Pada malam Rabu, rakan artis yang menziarahi aktres berkenaan yang serang bertarung lwn sakit selepas dimasukkan ke hospital sejak Ahad akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Menerusi tembual bersama mStar, salah seorang rakan iaitu Ungku Ismail memberitahu pihak hospital telah menjalankan beberapa rawatan selepas mendapati terdapat pendrhn pada bahagian paru-paru Nad. “Pada pagi Rabu doktor dapati ada pendrhn baru di bahagian paru-paru dan perlu dikeluarkan. Paras oksigen juga menurun. “Tetapi kuatnya Nad ini, apa yang dilakukan doktor tidak memberi kesan kepada organ lain. Denyutan jantung dan tekanan bp masih okey. Doktor jangkakan dia kuat dan boleh lwn sakit ini,” kongsinya. Berita pelakon drama Cina Buta ini jatuh sakit secara tiba-tiba mendapat perhatian ramai rakan artis dan peminat yang tidak pernah putus berhenti mendoakan agar dia kembali pulih seperti sedia kala. Kredit, Mstar.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.