Tular video Hawa Rizwana menyanyi, ramai yang tak sangka rupanya suara dia sedap

Menerusi halaman tiktok, tular satu video pengacara terkenal, Hawa Rizwana menyanyi. Klip tersebut mencecah sebanyak 20 ribu tontonan dan seribu sukaan. Menerusi klip video tersebut, Hawa menyanyikan lagu yang berjudul Matahariku oleh Agnes Monica. Nyanyiannya sungguh merdu dan rata-rata peminat terkejut dan terpegun. Hal ini kerana mereka tidak menyangka yang Hawa pandai menyanyi dan mempunyai suara yang merdu. Klik sini untuk lihat video.

Komen warganet, @Syeant Osean Syeant Ean:ini hasil khai ajar nyanyii. @izwanismail88:Hawarizwana matahari ku. @Juliaalang5:Alahhh comei jer suara @arelong395:mantap suara C kecik ni…down ke tu. Boleh tahan sedap dia nyanyi, dah lah cantik. Memang pakej lengkap Hawa Rizwana ni..Jangan lupa komen yang baik-baik yaa.. Sumber, sinetronmalaya.com. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Ada yang membuat perbandingan cara penyampaiannya dengan Neelofa, Hawa Rizwana dedah ingin dikenali atas namanya sendiri. Hawa harap peminat dapat terima bakatnya mengendalikan program hiburan. Selepas diumumkan sebagai hos baharu program MeleTOP, ada segelintir penonton mula membuat perbandingan cara penyampaian Hawa Rizwana Redzuan dengan bekas pengacara iaitu Noor Neelofa. Sering disamakan dengan pengacara sensasi itu, Hawa, 27, bagaimanapun berharap suatu hari nanti perkara tersebut tidak lagi diperkatakan dan penonton dapat menerima kehadirannya dalam industri menggunakan nama sendiri.

“Sebelum menjadi pengacara televisyen wajah saya sudah viral kerana dikatakan sama seperti Neelofa, kalau fikir apa orang hendak kata memang kita akan duduk di tempat sama sahaja. Saya perlu bekerja. Apa pun yang saya buat adalah untuk diri sendiri. Terserah kepada orang lain untuk membuat tanggapan tetapi kalau boleh saya mahu dikenali bukan sebab orang lain. Semoga satu hari nanti orang boleh terima kehadiran saya,” katanya.

Hawa yang baru dipilih menjadi pengacara tetap ditemui semasa siaran langsung program berkenaan di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor pada Selasa. Melihat pencapaian Neelofa selama lapan tahun mengendalikan MeleTOP bersama Nabil Ahmad, Hawa sedar bahawa ia merupakan satu tanda aras tinggi untuk dia memikat hati peminat. “Selama lapan tahun menjadi hos program ini, Neelofa telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi. Memanglah ada sedikit tekanan untuk saya gantikan tempatnya. Namun siapa yang tidak mahu apabila diberi peluang menjadi pengacara MeleTOP. Saya juga berterima kasih kepada Nabil kerana dia antara orang yang mahu saya menjadi hos. Sejak awal ditawarkan sebagai pengacara jemputan, Nabil sudah beritahu untuk terima sahaja menjadi hos tetap. Buat masa sekarang kami masih mencari keserasian antara satu sama lain kerana jarak umur yang jauh berbeza,” jelasnya.