Ikhwan Fatana mohon semua berhenti salahkan dirinya soal isu tukar penyanyi di SFMM37, Ikhwan Fatana dedah itu bukan keputusannya

Umum ramai kenali dengan komposer ini. Ikhwan Fatanna perjelas tuduhan dilemparkan terhadapnya. Pencipta lagu Berakhirlah Pencarianku, Ikhwan Fatanna minta peminat tidak menyalahkannya berhubung penukaran penyanyi di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37).

Kata Ikhwan, 32, dia sendiri hanya dimaklumkan mengenai perkara tersebut sehari sebelum sidang media pengumuman senarai 30 buah lagu yang berlangsung pada petang Jumaat lalu. Malah dia sendiri turut bersedih dengan keputusan dibuat oleh pihak pengurusan. “Mohon jangan salahkan saya. Kenapa ada yang marah saya tentang lagu Berakhirlah Penarianku? Saya juga besedih tapi saya berusaha untuk berdamai dengan keputusan yang dibuat.

Ikhawan Fatanna minta peminta jangan menyalahkan dirinya.

Katanya, “Sampai hati marah dan salahkan saya? Iyalah kita kerja belakang tabir sahaja, bukan penting pun. Tak apalah reda. “Saya dah kena dua kali. Sebelum ini dengan lagu Coretan Pilu dan kali ini lagu ini pula, pastinya saya kecewa,” katanya.

Lagu ciptaan bersama Wan Saleh dan Datuk A. Aida itu dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Hafiz Suip. Bagaimanapun, tugas menyampaikan lagu tersebut di SFMM37 diberikan kepada Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq.

Saya juga besedih tapi saya berusaha untuk berdamai dengan keputusan yang dibuat.

Dalam pada itu, Ikhwan berkata, apa yang berlaku adalah di luar kawalannya meskipun sudah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya ketika mencipta lagu berkenaan. Jelasnya, dia juga perlu menjaga hati banyak pihak terutama peminat dan syarikat rakaman yang membantu mempromosikan lagu tersebut.

Luahnya lagi, “Saya menjaga hati semua orang, peminat yang mengundi lagu ini, syarikat rakaman yang bantu promosi dan beri peluang kerja pada saya, Hafi, dan Ernie yang juga sahabat saya.

Wani dan Syafiq bakal menyanyikan lagu Berakhrilah Pencarianku di SFMM37.

Katanya, “Penyanyi ganti iaitu Wani dan Syafiq juga kawan-kawan saya. Jadi jagalah juga hati saya dan pencipta lagu bersama, Wan Saleh serta lirik daripada Datuk A. Aida,” ujarnya. Tambahnya, sebagai komposer menjadi impiannya untuk melihat gandingan Hafiz dan Ernie membawa lagu tersebut namun reda dengan keputusan pihak pengurusan.

Terdahulu, Ernie turut mengesahkan tidak akan menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku di pentas SFMM37 selepas dimaklumkan pihak pengurusan. Sumber, mstar