Sampai sanggup naik flight 23 jam hadiri majlis kahwin anak Shiera, Persahabatan Azah Aziz dan Sharifah Shahirah dipuji warganet

Siapa tak kenal dengan wanita ini. Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah selamat menerima menantu apabila puteri sulungnya, Allisya Tahir, 23, disatukan dengan lelaki pilihan, Mohd Zulhisyamuddin dalam majlis satu pernikahan yang berlangsung pada Jumaat lepas.

Dengan Sekali Lafaz

Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Zulkifli Azhari atau Ijoy. Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.

Azah Aziz Turut Hadir

Melihat di Instagram, ramai kenalan artis yang rapat berkongsikan saat-saat indah perkahwinan anak Shiera tersebut. Malah, rakan baiknya Azah Aziz yang kini menetap diluar negara juga turut hadir dalam majlis tersebut.

Azah Aziz juga turut menyatakan bahawa sebelum ini dia tidak dapat hadir perkahwinan Shiera disebabkan mengandung mengambil kesempatan kali ini untuk hadir perkahwinan anak Shiera. Malah Shiera juga menyatakan Azah sanggup datang walaupun terpaksa menaiki ‘flight’ selama 23 jam.

Dipuji Warganet

Perkongsian gambar yang dimuat naik di Instagram Azah Aziz mendapat perhatian dari warganet. Ramai warganet yang memuji dan kagum dengan persahabatan yang terjalin antara kedua-dua sahabat ini. Bukan itu saja, malah warganet juga turut memuji kecantikan kedua-dua artis ini yang kelihatan tidak dimakan usia. Sumber, murai