Dah jadi ayah, Usop dedah isteri selamat bersalin bayi lelaki dan ini nama yang dipilih

Usop kini bergelar seorang ayah. Penyanyi Usop kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi Jumaat. Menerusi laman Instagram, Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki itu.

Teha mendukung cahaya sulung mereka, Saif Umar.

Dalam perkongsiannya itu, Usop turut memberikan nama Muhamad Saif Umar kepada anak sulung mereka itu. “Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” katanya. Bersama kapsyen tersebut, Usop turut memuat naik foto isterinya sedang mendukung bayi lelaki mereka. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Saif Umar menjadi anak yang soleh.

Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop.

“Alhamdulillah, tahniah Usop dan Teha. Moga Saif Umar menjadi anak yang soleh. “Tahniah Usop dan Teha. Selamat berpantang Teha. Semoga bayi membesar dengan sihat,” tulis warganet.

Usop dan isteri bernikah pada Februari lalu.

Terdahulu, Fatihah atau Teha memuat naik video di aplikasi TikTok memohon maaf kepada suaminya ketika menunggu masa kelahiran. Untuk rekod, Usop dan Fatihah bernikah di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang pada 4 Februari 2022. Selepas dua bulan mendirikan rumah tangga Usop berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya sudah berbadan dua. Sumber, Mstar Online

Usop bersyukur sebab akhirnya isteri dah bertudung, tapi ada satu benda yang buat Usop bimbang

USAHA penyanyi Usop yang sering mengingatkan kepada isterinya, Nur Fatihah Md Hashim tentang kewajipan menutup aurat akhirnya berhasil apabila wanita itu mula mengenakan tudung. Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 24, berkata, sebagai suami dia bersyukur dengan perubahan Nur Fatihah yang sebelum ini hanya mengenakan turban. “Sekitar empat bulan lalu saya pernah cakap kepada isteri, jika mahu dimurahkan rezeki kenalah jaga penampilan termasuk menutup aurat. Sejak daripada itu, dia mula berubah sedikit demi sedikit. “Saya terharu apabila isteri berusaha ke arah itu malah dia banyak membeli tudung untuk dipakai… Awal dahulu dia hanya pakai turban dan sekarang sudah bertudung penuh,” katanya kepada mStar.

Usop bangga dengan perubahan isterinya kini. Usop sebelum itu berkongsi video imej terbaharu Nur Fatihah di Instagram. Dalam pada itu, Usop berkata, meskipun gembira dengan perubahan isteri namun ada perasaan bimbang di hatinya sekiranya isteri diuji dan memilih untuk kembali membuka aurat suatu hari nanti. Sebagai suami, Usop sentiasa mendoakan agar hati Nur Fatihah sentiasa kuat dan tidak berbolak-balik dalam kekal istiqomah untuk mencari keredaan Allah. “Gembira tetapi ada juga rasa bimbang kalau hatinya diuji dan kembali kepada imej asal. Sebab itu saya cukup takut nak beri komen jika lihat mana-mana selebriti yang buka tudung kerana khuatir terkena pada batang hidung sendiri. Gambar-gambar di media sosial tanpa bertudung pun akan saya padam. Cuma ambil masa sedikit sebab terlalu banyak

“Gambar-gambar isteri tidak bertudung pun saya akan padam, cuma mengambil sedikit masa disebabkan terlalu banyak,” jelasnya. Sementara itu, Usop dan Nur Fatihah yang mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu bakal menyambut kelahiran anak pertama mereka tidak lama lagi. Usop dan Fatihah bakal sambut kelahiran anak pertama. Dalam keterujaan bergelar bapa, Usop juga kini sedang sibuk menguruskan perniagaan kosmetik yang diusahakan bersama isteri tersayang. “Alhamdulillah usia kandungan isteri sekarang sudah memasuki tujuh bulan dan kami berdua memang teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung dan mengharapkan agar semua urusan berjalan lancar.“Sekarang kami agak sibuk dengan perniagaan kosmetik yang baru sahaja diusahakan, jadi perlu bahagikan masa sebaik mungkin supaya isteri tidak terlalu penat bekerja,” jelasnya. Kredit, mstar

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.