Terkedu bila tengok keadaan Nad Zainal, Nabila Huda tampil dedahkan sesuatu pasal kawan baik dia

PELAKON Nabila Huda terkejut apabila mendapat perkhabaran sahabat baiknya iaitu Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru. Tergamam mendengar berita itu, Nabila, 38, berkata ini merupakan kali pertama dia melihat sahabatnya itu terbaring di atas katil di unit rawatan rapi. “Saya tidak pernah berada dalam situasi di mana sahabat baik saya terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi. “Sudah tentu sebagai salah seorang kawan rapat Nad, saya terkejut melihat keadaannya ketika itu,” katanya kepada mStar. Nabila berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Nabila berkata dia dan rakan-rakan artis yang lain termasuk Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Nadiah Aqilah sempat memberikan kata-kata semangat ketika melawat Nad di hospital pada Rabu lalu.”Kami semua hanya berikan kata-kata semangat buat Nad, pada ketika itu paras oksigen Nad memang rendah. “Saya berkata kepadanya… You can do this Nanad (nama panggilan Nad), keep on breathing… sebelum kami balik tahap oksigennya meningkat sehingga paras 92.

“Apa yang bagusnya dalam industri ini, kita bermusuh macam mana sekali pun, tapi kalau berkenaan dengan sakit, pasti semuanya akan mendoakan yang baik-baik. “Ramai rakan selebriti yang mendoakan Nad. Lagi pun, Nad tak pernah ada masalah dengan orang. Nad memang orang yang baik dan mungkin kerana itu ramai yang mendoakannya,” ujarnya. Pada Selasa lalu, Nad dimasukkan ke unit rawatan rapi akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdrh. Bagaimanapun, keadaan kesihatan pelakon itu dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif dan perlu menjalani rawatan buah pinggang disebabkan organ berkenaan sedikit terjejas.

Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.