Badan lemah sampai gelap mata, kini DJ lin dimasukkan ke hospital dan ini keadaan terkininya

DJ Lin dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan selepas hampir nak pitam. Penyampai radio Suria FM DJ Lin terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor selepas mengalami sakit pada bahagian perut. Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia terpaksa dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan dan pemantauan doktor sejak Khamis lalu.

DJ Lin dikejarkan ke hospital.

“Saya rasa sakit sebelah kiri perut. Badan juga terasa lemah sampai beberapa kali nak gelap mata. Selepas selesai acara di Suria FM semalam, saya terus pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini kesihatannya itu, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM memaklumkan dia perlu melalui beberapa ujian sebelum dapat mengenal pasti punca sakit tersebut. Penyampai segmen Suria Cinta ini juga berkata dia perlu berada di hospital sehingga Ahad ini menunggu keputusan ujian doktor.

DJ Lin terharu ramai yang ambil berat.

“Masih ada beberapa ujian yang perlu dibuat… mungkin saya akan berada di wad sehingga Ahad nanti,” ujarnya. Dalam pada itu, DJ Lin turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat mengenai kesihatannya. Malah, dia bersyukur apabila menerima layanan baik ketika berada di hospital. Saya bersyukur dan terharu kerana ramai yang mengambil berat tentang keadaan saya. Begitu juga dengan jururawat di hospital ini yang mengaku peminat saya turut memberi jagaan yang rapi,” ujarnya. Sebelum itu, menerusi Instagram DJ Lin memuat naik video memaparkan keadaan dirinya sedang terbaring di atas katil hospital. Sumber, Mstar