KJ tegaskan perundingan bentuk kerajaan baru tak boleh libatkan Zahid Hamidi, tak boleh berdiam sekali tuan badan respon macam ni

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Khairy Jamaluddin menerusi ciapannya di Twitter sebentar tadi memaklumkan, antara sebab jelas beliau berkata demikian adalah kerana Ahmad Zahid sudah tidak mempunyai keabsahan moral selaku Presiden UMNO. “Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Ahmad Zahid.

“Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti undur segera. “He may be President in name (beliau mungkin Presiden parti), but he has no moral authority left to decide on behalf of UMNO (tetapi beliau tiada moral dan kuasa untuk menentukan segala keputusan untuk UMNO),” ciapnya. “Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Zahid Hamidi. Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti undur segera. He may be President in name, but he has no moral authority left to decide on behalf of UMNO.

“Kenapa sekarang baru nak bersuara?” 2018 saya lwn Zahid untuk Presiden UMNO. Lepas tu banyak kali cakap dia kena beri laluan.
“Kau kalah tak payah komen.” Saya masih ahli UMNO. Ahli UMNO ada hak bersuara. Jawatan jawatan dalam parti sesiapa pun boleh bertanding nanti. Sabar saudara KJ. tunggu pemilihan tak sampai 6 bulan pun.. Seluruh perwakilan akar umbi umno juga sudah tidak sabar mahu mengundi calon pilihan mereka. Kredit, LimauAsamBoi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.