Tular video manja Mas Idayu dengan suami, tapi warganet perasan benda ni pulak

Baru sebulan lebih mendirikan rumah tangga, penyanyi Mas Idayu dan suaminya, Muhammad Sufian Che Isa masih lagi dalam fasa bulan madu. Bagaimanapun, baru-baru ini video yang dimuat naik Mas Idayu menjadi perhatian memaparkan penyanyi itu menggayakan pakaian bertemakan Bollywood. Video tersebut turut memperlihatkan ‘drama’ suaminya dikacau oleh rakan-rakannya. Kemudian Mas Idayu menarik lengan sahabatnya dan lari memeluk segera suaminya seakan enggan melepaskan. Seperti sudah dijangka, perkongsian Mas Idayu itu seolah menimbulkan rasa kurang senang warganet yang mengkritik tindakan penyanyi itu didawka seolah mahu menunjuk manja dengan suami.

Bagaimanapun, ada peminat yang seronok melihat gelagat Mas Idayu yang dilihat bahagia bersama suami. Ada sahaja warganet ni, pasangan itu masih dalam mood pengantin lagi dan mungkin hanya bergurau sahaja. Terdahulu, Mas Idayu menamatkan zaman janda dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian dengan sekali lafaz pada 16 September lalu. Kredit, rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Mas Idayu muat naik sesuatu, kini ramai warganet yang tampil komen dan risau dengan apa yang Mas Idayu tampil muat naik. Selepas 15 tahun hidup solo, penyanyi Mas Idayu, 50, telah disatukan dengan penerbit eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September yang lalu. Memilih Hari Malaysia untuk memateri ikatan cinta mereka, penyanyi lagu Cintaku 100% itu memberitahu, tiada simbolik tertentu atas tarikh berkenaan dan dia juga turut bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar. Mas Idayu kelihatan teruja kerana akhirnya kembali memegang status isteri, dan dia juga mengaku tidak menyangka perkahwinan kali kedua mendapat perhatian ramai sehingga banyak pihak sudi memberi tajaan.

Memuat Naik Status Di Istagram

Terbaru, melihat di Instagram miliknya, Mas Idayu ada memuat naik satu status yang menjadi tanda tanya netizen di media sosial. “Berselindung di balik senyum dan tawa… im okay”. Dalam status tersebut, Mas Idayu memuat naik satu video wawancara yang bertanyakan kepada seorang wanita bagaimana keadaannya dan wanita tersebut menjawabnya ‘im okay’ tetapi dalam masa sama menahan sebak dan akhirnya mengalirkan air mata.

Warganet Mula Risau

Diruangan komen, kelihatan ramai warganet yang mula risau dengan apa yang dimuat naik oleh Mas Idayu. “Mummy ok ke tu?” Tiada manusia tanpa ujian… jika hanya mainan…moga mummy terus bahagia bersama keluarga baru yang sakinah, hasanah, mawaddah, maghfiroh wa rahmah hatta jannah.” Baru hari bahagia, tak kan berduka…” Banyakkan sabar, sabar & sabar… you will be ok mummy”. Warganet mula bertanyakan keadaan Mas Idayu sekarang ini dan dia menjawab dengan perkataan ‘ya… im okay’. Dalam kerisauan warganet, kelihatan juga peminat mula mendoakan kepada Mas Idayu semoga terus kuat dan dipermudahkan dalam setiap urusannya. Sumber, Murai.my