Najwa Latif kongsikan kisah awal percintaan, ramai yang tak sangka rupanya Najwa Latif yang mula luahkan perasaan dekat suami

SEMINGGU selepas mendirikan rumah tangga, nampaknya peminat masih lagi ingin mengetahui perjalanan kisah cinta penyanyi Najwa Latif bersama suaminya iaitu Akwa Arifin. Berkongsi mengenai detik perkenalan, Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latif, 27, mendedahkan dia memulakan langkah meluahkan perasaan terlebih dahulu kepada Akwa. “Wawa cakap, Wawa suka Akwa. Tapi Akwa cakap, dia perlu masa. “Wawa pun tak kisah sebab Wawa cuma nak luahkan apa yang Wawa rasa. Dua bulan juga tunggu jawapan, lepas tu dia ajak keluar… dan Akwa pun confess dekat Wawa,” katanya.

Najwa mendedahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya menjawab pertanyaan dari seorang peminat. Kata Najwa, pada awalnya dia menyangka ‘lamaran’ itu ditolak kerana Akwa dilihat seakan-akan tidak mahu melayan luahan perasaannya itu. “Kita memang rasa kena reject sebab macam saya hanya tahu dua jawapan iaitu ya dan ya. Kalau selain dari itu semuanya adalah tidak. “Bila Akwa kata dia perlukan masa, Wawa reda sahaja sebab dah bersedia untuk lepaskan. Saya rasa saya nampak macam perempuan creepy sebab banyak usik dia kemudian mengurat tiba-tiba luah perasaan pula.

“Kita hanya berborak bila perlu tapi suatu hari Akwa ajak keluar dan Akwa terus confess,” kongsinya. Najwa sah bergelar isteri kepada Akwa, 30, dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di kampung halamannya, Batu Pahat, Johor, pada 11 November lalu. Akwa menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada Najwa dan pasangan itu diraikan dalam majlis kenduri di lokasi sama. Pasangan ini dilaporkan sudah lama merancang untuk berkahwin namun memilih menghebahkan kepada umum selepas sah bergelar suami isteri.

Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.