Penampilan Syafinaz masa malam suku akhir GV jadi perhatian ramai, tak sangka rupanya ini yang tak kena pada mata warganet

Penampilan juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat pada konsert suku akhir malam ini dilabel sebagai mencolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Pada konsert malam ini, Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net sehingga seolah-olah menampakkan kulitnya pada bahagian dada dan lengannya. Rata-rata warganet berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton oleh seluruh lapisan umum.

“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai,” komen warganet. “Tiada sesiapa ke nak tegur baju Syafinaz agak mencolok mata untuk konsert GV9 pada malam ini?” ciap seorang lagi warganet. Tangkap layar komen warganet berhubung baju Syafinaz Selamat pada malam konsert suku akhir, GV9. Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik. Dalam perkembangan yang lain, Penyanyi dan vokalis kumpulan Def Gab C, Asheed berlapang dada selepas namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir sekaligus gagal lolos ke saingan separuh akhir Gegar Vaganza 9 (GV9), minggu hadapan.

Menurut Asheed atau nama sebenarnya, Mohd Ashid Ahmad, 49, berkata dia berpuas hati dengan persembahannya menerusi program realiti hiburan itu. “Saya ambil peluang untuk sertai GV kerana sebelum ini jarang orang beri komen terhadap nyanyian saya. Orang puji, kata suara sedap suara unik apa semua, tapi tak ada yang komen. Jadi saya mahu mendengar (juri) komen. “Itulah yang saya mahu, dan saya puas hati. Berjaya sampai ke minggu ke sembilan ini pun, alhamdulillah. Banyak juga ilmu yang dapat” katanya kepada MH.

Ditanya apa kelemahan paling diingati yang dimaklumkan pihak juri kepadanya, Asheed mengakui dia tidak pernah lelah untuk terus belajar dalam bidang yang diminatinya ini. “Macam contoh sebelum ini saya menyanyikan lagu Bahasa Inggeris, ada teguran membina daripada juri, macam tadi pun ada. Bunda (Hetty Koes Endang) menyentuh mengenai penghayatan saya yang kurang. “Walau tahun depan umur saya 50 tahun, tidak semestinya saya tak boleh belajar. Mungkin pada masa akan datang rezeki saya akan cerah, siapa tahu.

“Contohnya buat lagu, meletup balik macam dahulu. Jadi untuk hal berkaitan ilmu ini, tak rugi kalau kita belajar,” katanya yang turut akui resam pertandingan, pasti akan ada yang tidak bernasib baik. Kredit, KOSMO! ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.