Ramai yang kecoh dengan PRU15 tak lama lagi, kini Fizo Omar tampil berikan pendapatnya

Umum mengetahui seluruh warganegara Malaysia bakal menjalankan tanggungjawab kepada negara untuk mengundi pada 19 November ini. Sudah menjadi kemestian bagi para individu tertentu yang mewakili parti politik tertentu sedang giat memberi manifesto menjelang Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) nanti.

Titip Harapan Sebagai Rakyat Malaysia

Hal tersebut turut mendapat reaksi pelakon, Fizo Omar menerusi hantaran di Instagram yang menitipkan harapan sebagai rakyat Malaysia, mengharapkan persaingan yang sihat dan contoh yang baik daripada pemimpin. “Tidak lah tuju kepada mana mana pihak, tapi harapan kami sebagai rakyat supaya bukan sahaja janji manis tapi yang penting adalah perlaksanaan apabila dipilih dan diberikan kuasa.”-Tulis Fizo.

Pelbagai Reaksi Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata rata warganet dilihat memberikan sokongan terhadap kenyataan Fizo, malah ada yang turut berharap individu yang terpilih menjadi pemimpin agar dapat bekerja dengan jujur dan amanah.

“Betul tu Abe Joe janji wajib ditunaikan. Dan satu lagi masa berkempen kami tak nak dengar cerita r.4sis kami nak dengar apa faedah yang kami dapat sekiranya anda jadi pemimpin nanti apa yang kamu mampu buat utk kami seandainya kamu jadi pemimpin nanti.” Setuju janji mesti dikotakan jangan lepas ni tak nampak batang hidung.”Rakyat susah vir4l sana sini Ebit Lew jugak yang turun padang tolong. Pemipin-pemimpin mana pergi??” komen warganet Sumber, Murai.my

Fizo Omar tampil beri teguran buat mereka yang mengkritik DS Najib Razak

Umum memang kita kenali dengan pelakon ini. Fizo titip rasa terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri. Berita tentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang disabit hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta masih hangat diperkatakan oleh orang ramai di media sosial. Apa yang berlaku pada bekas Perdana Menteri mendapat pelbagai tohmahan dan cemuhan masyarakat, namun ada juga yang memberi pendapat sebaliknya dengan memberi sudut pandangan yang rasional seperti pelakon dan usahawan Fizo Omar.

Bukan Untuk Diraikan

Murai MY menjengah ke Instagram Fizo, di mana pelakon dan usahawan ini menitip pesan agar masyarakat dapat memandang dari sudut yang berbeza dan bukan sekadar memberi sindiran tanpa henti apatah lagi meraikan nasib yang menimpa bekas Perdana Menteri tersebut. “Ramai yang memberi reaksi sindiran terutama mereka yang mempunyai pendapat politik yang berbeza. Pada saya momen ini adalah bukan untuk diraikan. Pandanglah dari sudut yang berbeza di mana ini adalah percaturan yang maha hebat Allah swr yang saya percaya ada mesej yang tersirat untuk kita semua.” Tulisnya

Kenang Jasa Dan Pengorbanan

Dalam entri yang ditulis Fizo, selebriti ini juga mendedahkan dia berpeluang bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri dan menitipkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Najib atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan beliau. “Beberapa kali saya berpeluang berkerjasama dengan DNS, terlalu banyak kebaikkannya untuk saya ceritakan disini. Dan tidak dinafikan juga kita rakyat Malaysia dapat menikmatinya sepanjang kepimpinan DSN. Terima kasih saya ucapkan diatas jasa dan pengorbanan DSN.” Coretnya

Jadikan Sebagai Amaran

Fizo juga berharap dengan apa yang berlaku secara tidak langsung dapat membuka mata semua orang,terutama ahli politik dan juga para pemimpin bahawa sesiapa sahaja tidak terkecuali di bawah undang-undang negara. “Semoga berlakunya momen bersejarah ini, membuka mata semua pihak dan juga memberi amaran keras kepada ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin kita. Bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan sesiapa pun tidak terkecuali di bawah undang-undang negara.” Tulis Fizo. Bak kata Fizo, pandang dari sudut yang berbeza. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja. Sumber, murai