Lama mendiamkan diri, akhirnya Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan tampil menjawab mengenai dkwaan dia sudah berpisah tlk tiga dengan usahawan Hana Azraa. Menerusi siaran langsung di laman sosial, PU Abu menjelaskan dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status tersebut kerana ia masih dalam proses mhkmah.
“Mhkmah yang tentukan bab pisah, rjvk, tlk ni… semua mhkmah tentukan. Keluar pengesahan daripada mhkmah baru kita boleh cerita dekat orang ramai. Boleh tak, pernikahan saya tak sah tapi saya cerita dekat orang seolah-olah saya sudah sah bernikah. Tak boleh kan, saya men.1pu orang ramai,” katanya.
PU Abu yang membuat live di laman sosial bersama isterinya Ain Afini turut menjelaskan mengenai kenyataan yang mengatakan dia ada bertemu dengan Hana di Tanah Suci, Makkah. Selain itu, pendkwah bebas tersebut juga mengakui ada menghantar mesej kepada ibu Hana baru-baru ini namun ia hanya berkaitan anak mereka iaitu Mateen.
“Kedua, berkaitan saya berjumpa Hana… tak, saya tak jumpa dia. Saya datang ke hotel di mana di situ ada sepupu saya. Saya bawa sepupu saya dan rakan-rakannya pergi makan. Ketiga, saya mesej mak dia tu bertanyakan hal Mateen baru-baru ini. Mesej yang dia tunjukkan di media sosial tu dah lama, seminggu yang lalu. Cuma baru di screen shot dan dihantarkan kepada dia oleh kakaknya,” jelasnya.
Sementara itu, PU Abu turut menegaskan dia akan mengambil khidmat peguam untuk menguruskan proses mhkmah yang mengambil tempoh masa yang lama. “Kita tunggu mahkamah cakap apa. Nak tunggu proses mahkamah pun lama. Saya pula duduk sini dan kerja sini. Saya kena hire lawyer dan dia kena pastikan tarikh saya balik kena dengan masa perbicaraan mhkmah,” ujarnya.
Sebelum ini, Hana Azra mendedahkan Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sudah melafazkan pisah terhadapnya sejak awal tahun lagi namun kes masih dalam proses mahkamah. Dianggap secara hkvm bukan lagi isteri, Hana turut mengakui bekas suaminya itu juga sudah beberapa kali melafazkan pisah sehingga jatuh tlk tiga. Sumber, Gempak