Vida tampil di mahkamah mengaku tidak bersalah muat naik rakaman sumbang, Rupanya ini unsur yang ramai dakwa

Memang tak asing lagi kita dengan usahawan sensasi ini. Vida mengaku tak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang pada Selasa. Usahawan sensasi Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat svmbang pada 29 April 2022. Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman selepas pertuduhan terhadapnya dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Vida atau Hasmiza Othman, 51, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat svmbang dengan niat untuk menyakiti hari orang lain menerusi saluran YouTube DSV Entertainment yang dilihat pada 5 Mei 2022 di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya, Selangor.

Vida didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang jika sabit kesalahan, boleh dihvkum d3nda tidak lebih RM50,000 atau p3njara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Vida diwakili peguam, Datuk Adnan Seman.

Tertuduh juga boleh did3nda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. Terdahulu, Vida hadir ke perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.50 pagi memakai baju berwarna merah jambu dan ditemani oleh anak sulungnya iaitu Cik B atau Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Vida sempat menyapa petugas media yang berkumpul di perkarangan mahkamah sebelum memasuki dewan perbicaraan. Sementara itu, Ahmad Fuad menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala kes itu disambung pada 7 Disember 2022 untuk serahan dokumen.

Vida diwakili peguam Datuk Adnan Seman manakala pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Fazrul Sani. Pada Mei lalu, Vida pernah hadir ke pejabat SKMM bagi membantu siasatan kontroversi video muzik (MV) lagu Muah Muah Raya. Konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik warga maya selepas ia dianggap tidak menghormati maksud sebenar hari raya apabila ia didakwa menampilkan unsur dr4g queen. Sumber, mstar