Akui keluar makan malam dengan Watie, Shuib dedah dia ada ciri yang sesuai untuk dia dan anak anak

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu mengesahkan dia kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang usahawan bernama Watie. Memetik Astro Gempak, Shuib mengakui dia keluar makan dengan Watie di sebuah restoran mewah baru-baru ini selepas tular foto memaparkan pantulan imej seorang wanita. “Ya, saya keluar dinner dengan wanita bernama Watie. Ketika itu, kami dinner bersama anak-anak saya, Matin dan juga Talita. “Sebelum ini, memang saya ada nafikan hubungan bersama Watie sebab malas nak besar-besarkan cerita. Tapi dah ternampak pula reflection di cermin, jadi tak perlulah kot sorok-sorok.

“Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan. Nak tengok juga anak-anak macam mana, family macam mana,” katanya. Ditanya sama ada Watie mempu yai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dirinya dan anak-anak, Shuib memohon untuk mendoakan yang baik-baik. “Insya-Allah saya nampak dia ada ciri-ciri itu. Nampaknya anak-anak selesa dan paling penting, mak saya selesa dengan dia. Untuk hal akan datang, saya cuma mohon doakan baik-baik. Tak kisah dengan siapa pun saya berkawan, saya mohon doakan terbaik untuk saya dan keluarga,” katanya. Sumber, rotikaya

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Shuib muat naik gambar makan malam dengan anak anak, sekali warganet perasan sesuatu pada gambar tu. Pelawak dan usahawan popular, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad menjadi bualan hangat warganet gara-gara dia dikatakan keluar makan malam bersama seorang usahawan wanita dan juga anak-anaknya. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di laman Instagramnya, dia membawa dua orang anaknya iaitu Dzahira Talita Zahr dan Ariq Matin ke restoran Gordon Ramsay untuk menikmati makan malam bersama. Namun begitu, apa yang menarik perhatian warganet, kelihatan pantulan di cermin susuk tubuh seorang wanita yang dipercayai Wati Hanifiah sedang menangkap gambar Shuib dan anak-anaknya.

Bahkan, dakwaan mereka menjalin hubungan percintaan semakin kuat apabila menjengah ke IG Story Wati, terdapat beberapa gambar dia berada di restoran tersebut dan video yang terdengar suara milik Shuib. Susulan itu, ramai yang menegaskan agar Shuib tidak perlu lagi berselindung dan memperkenalkan sahaja kepada umum wanita yang sudah menjadi pilihan hatinya untuk dijadikan sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Bukan itu sahaja, ramai warganet terutamanya peminat turut teruja apabila melihat Shuib sudah bahagia bersama pasangannya dan mendoakan agar dia segera membina mahligai bersama pilihan hati.

Malah, ada juga warganet meminta agar orang lain menghormati apa jua keputusan Shuib dan tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta tidak sabar melihat usahawan itu kembali mendirikan rumah tangga. Pelawak popular, Shuib Sepahtu menafikan suaranya dalam video usahawan, Watie Hanafiah yang sedang bermain golf yang tular dalam aplikasi TikTok, baru-baru ini. ampil menjelaskan, Shuib berkata, tidak adil menuduhnya mempunyai skandal dengan Watie, sebelum Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap illahi lagi. “Saya menafikan apa yang berlegar dalam media sosial berhubung video yang menunjukkan Watie sedang memkl bola golf dan kedengaran seperti suara saya.

“Ada warganet cakap saya sudah lama mempunyai hubungan dengan Watie sejak 2019. “Tuduhan ini sangat tidak adil untuk saya mahupun Siti Sarah,” katanya menerusi nota suara dihantar kepada media. Shuib menjelaskan, video yang dimuat naik bertarikh April 2019, sedangkan dirinya mula memegang kayu golf pada Mei 2020. “Jika lihat semula tarikh tertera pada video yang tular itu pada April 2019, sedangkan saya hanya mula memegang kayu golf selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Ketika itu, kerajaan memberikan kelonggaran kepada sukan golf, jadi saya buat keputusan mencuba aktiviti baru bagi mengelakkan kebosanan, malah, saya ada menghubungi Sharnaaz Ahmad untuk menyatakan hasrat berkenaan. “Warganet yang tidak percaya boleh semak semula gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram,” katanya.

Nama Shuib menjadi bualan warganet dalam aplikasi TikTok selepas tular video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatar belakang suara lelaki. Menjawab suara lelaki yang kedengaran seperti suaranya, Shuib berkata, ia mungkin berlaku secara kebetulan. “Kalau dengar semula rakaman ini memang perkataan ‘nice’ disebut mirip suara saya, tetapi individu dalam video berkenaan bukan saya. “Suara memang tak sama langsung. Mungkin satu ayat boleh kedengaran sama, tetapi itu bukan suara saya dan ia sangat kelakar. “Setakat suara, semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka,” katanya. Terdahulu, nama Shuib menjadi bualan netizen dalam aplikasi TikTok selepas tular video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatar belakang suara lelaki.

Rata-rata warganet mendakwa suara dalam video berkenaan adalah Shuib, memandangkan pelawak itu kini sedang digosipkan menjalinkan hubungan dengan usahawan berkenaan. Gosip hubungan rapat Shuib dengan usahawan berkenaan mula tersebar selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video, baru-baru ini. Menerusi video itu, pengguna itu mendakwa Shuib dan Watie memakai baju sedondon ketika menghadiri beberapa konsert, baru-baru ini. Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011. Bagaimanapun, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos, tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz akibat covid-19. Sumber, Instagram @iamwatie, @shuibsepahtu