Walaupun pernah ada konflik tapi masih jalinkan hubungan yang baik, Abby Abadi luah rasa geram dengan bekas suami

TIDAK pernah menyimpan dendam terhadap bekas suami iaitu Norman Hakim, pelakon Abby Abadi berkata dia masih menjalinkan hubungan baik dengan aktor itu demi anak-anak mereka. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkata dia dan Norman kini bersahabat baik dan tidak lagi mempunyai perasaan marah selepas 13 tahun membawa haluan masing-masing. Dalam perkongsian terbaharu di Instagram, Abby dan suami iaitu Faizal Zakaria meraikan ulang tahun kelahiran Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, yang disambut pada 8 Januari lalu.

“Kami macam kawan baik sekarang kan? Saya tak marah dah dekat Oman (panggilan Norman), cuma geram. Sebab? Rahsia. Hehe! “Apa pun, syukur dapat sambut birthday Oman. Kecil-kecilan saja tapi sangat bermakna untuk keluarga kecil kami yang jarang dapat berkumpul,” katanya. Sementara itu, Norman turut mengucapkan terima kasih kepada Abby dan Faizal, 49, kerana sudi meraikan hari istimewanya bersama. Norman berkata dia masih menyayangi Abby sebagai ibu buat anak-anaknya dan Faizal sebagai seorang abah yang sama-sama mengetuai keluarga besar mereka.

“Terima kasih Abby dan abah Faizal untuk ingatan meraikan Puppy (panggilan Norman). Puppy sangat gembira, rasa nak ‘woof..wooff’ sepanjang malam meluahkan rasa terharu. Kasihku buatmu takkan pudar sebagai ibu buat anak-anakku dan sayangku buat Abah hingga ke akhir hayat yang sentiasa bersama bergandingan menakhodai bahtera keluarga ini,” ujarnya. Untuk rekod, Abby dan Norman berkahwin pada 2002, namun pasangan selebriti itu berpisah pada 2009. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 20, Marissa Dania Hakim, 18, dan Danisha Hakim, 15.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang pramatang, namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan di hospital. Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10, Muhammad Dikhriz Hakim, 8, dan Mikayla Delisha Hakim, 5. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Reda dengan pemergian ibu tercinta, Abby Abadi luahkan sesuatu buat ramai yang mendoakan. BEKAS anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi menzahirkan ucapan penghargaan buat semua yang telah membantu dalam pengurusan ibunya, Hasnah Abu, 76, yang pergi menghadap illahi pada Khamis. Reda dengan pemergian ibunya, Abby juga bersyukur segala urusan dipermudahkan selepas ibunya disahkan pergi menghadap illahi ketika sedang menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. “Segalanya dipermudahkan. Kami reda dengan perpisahan di dunia yang sementara ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan mak tersayang kami. Abby berkongsi berita sedih pemergian ibu pada Khamis.

“Kepada adik-beradik, orang-orang sekeliling yang pernah membantu mak sewaktu sakitnya, jaga ketika dialisis dan waktu masuk wad, tolong mak saya uruskan apa yang dia tak mampu uruskan sendiri… terima kasih untuk segalanya,” katanya. Abby menulis kata-kata itu menerusi ruangan kapsyen hantaran video yang dimuat naik di laman Instagam miliknya. Dalam video berkenaan turut kelihatan suami Abby bersama bekas suaminya iaitu pelakon Norman Hakim sama-sama membantu mengangkat mak bagi proses pengkbmn. Abby juga turut menitip doa agar roh ibunya akan sentiasa diberi rahmat Ilahi.

“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. “Bersihkanlah dia daripada kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih daripada kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dari azb kbr dan azb nrka,” tulisnya. Kami reda dengan perpisahan di dunia yang sementara ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan mak tersayang kami

Mak selamat dikbmkan di Tanah AU4, Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Asar pada Khamis. Hasnah yang menghidap sakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu tiba-tiba pengsan ketika menjalani rutin rawatan dialisis pada Khamis sebelum pergi menghadap illahi. Bercakap kepada mStar sebelum ini, suami Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria memberitahu, ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ditempat sama. Kredit, mstar.