Tak pernah jumpa lagi dengan isteri kedua Syamsul, ini pula luahan Syafiq Yusof pasal isu rumahtangga abang dia

ADIK kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof berkata dia masih belum berkesempatan bertemu dengan isteri kedua abangnya iaitu Ira Kazar. Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Mohd Yusof, 31, memberitahu kali terakhir dia bertentang mata dengan abangnya itu di pejabat dua bulan lalu. “Saya tidak pernah berjumpa dengan dia (Ira)… saya juga tidak pasti sama ada ibu ayah ada berjumpa dengannya atau tidak. “Masing-masing sibuk dan Syamsul pun ada banyak filem besar. Kali terakhir kami berjumpa dua bulan lepas tetapi perbualan lebih kepada filem dan projek baharu.

“Tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah saya simpan sendiri,” katanya. Syafiq berkongsi perkara itu semasa prebiu drama bersiri arahannya berjudul Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions yang diadakan di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis. Sementara itu, pengarah filem Abang Long Fadil ini berkata dia enggan mencampuri urusan rumah tangga Syamsul. Syafiq bagaimanapun tetap mendoakan yang terbaik buat abangnya dan keluarga. “Kalau boleh, hal keluarga biarlah kekal jadi hal peribadi keluarga, namun saya faham kami adalah keluarga seni, jadi kami terpaksa menerima semua ini apabila telah menjadi perhatian ramai.

“Paling utama, saya harap warganet tidak lagi buat andaian yang bukan-bukan. Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan berdoa agar kedua ibu bapa dan keluarga saya mendapat ketenangan serta kebahagiaan,” ujarnya. Menyifatkan Syamsul seorang lelaki yang cekal, Syafiq meluahkan keyakinan abangnya itu mampu menyelesaikan segala kemelut rumah tangga ini dengan baik. “Mengenali abang saya, dia seorang lelaki yang tabah sama seperti bapa kami… apa sahaja masalah saya pasti dia mampu kendalikannya dengan baik,” katanya. Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Pendedahan Syamsul itu mencetus pelbagai reaksi daripada peminat, termasuk ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang turut meluahkan rasa kecewa kerana perkahwinan itu diadakan tanpa perbincangan keluarga terlebih dahulu. Isu ini menjadi lebih panas apabila isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana berterusan membuat luahan di media sosial. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Kecoh pasal pernikahan kedua, ini pula respon Syamsul Yusof bila tanya tentang honeymoon. Syamsul Yusof tetap akan failkan saman pada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebanyak RM10 juta seperti dimaklumkan sebelum ini. Menurut laporan Hmetro, Syamsul berkata, peguamnya telah menghantar surat kepada JAWI dan perkara tersebut sedang dalam proses. Syamsul berkata, tindakan undang-undang itu adalah serius memandangkan dia mendakwa pihak JAWI tidak menjalankan tugas secara profesional.

“Mereka melakukan soal siasat terhadap Ira kira-kira dua bulan lalu iaitu ketika kami belum bernikah. Saya tidak akan dedahkan apa yang ada dalam kertas siasatan itu kerana ia menyalahi undang-undang. Namun, JAWI sendiri mendedahkan kertas siasatan itu sehingga dibaca oleh ibu saya. JAWI sudah melnggr undang-undang dan ia tak sepatutnya berlaku hingga menyebabkan keluarga saya berantakan ketika itu. Bukankah JAWI harus memelihara agama Islam, menjaga aib satu keluarga Islam? Macam mana ini boleh berlaku? Hanya di mahkamah nanti kita akan selesaikan perkara ini. Ramai yang tidak tahu apakah isu sebenar di antara saya dengan JAWI. Semuanya akan diselesaikan di mahkamah nanti,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan berbulan madu, Syamsul memaklumkan dia kini sedang fokus bagi menghasilkan filem terbaharunya The Original Gngster. “Sekarang ini ada lebih 100 orang di bawah saya sedang bekerja dalam penggambaran filem terbaru saya, The Original Gngster. Ya, itulah ‘honeymoon’ (bulan madu) saya sekarang. Saya harus segera bekerja dan menyiapkan filem ini. Saya akan terus fokus kerana The Original Gngstr adalah filem saya yang paling besar setakat ini. Ia lebih besar dari Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan dan semua filem Gngstr lain yang pernah saya arahkan sebelum ini. Saya tak sabar untuk kembali ke set penggambaran,” ujarnya.

Terdahulu, dia mengumumkan sudah bernikah dengan isteri kedua iaitu Ira Kazar di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa wanita berkenaan, Kazar Saisi yang juga seorang pelakon veteran. Untuk rekod, Syamsul berkahwin dengan isteri pertama Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Sumber: Harian Metro (Riadz Radzi).