Dalam diam tahu tahu dah bertunang, rupanya ini wanita yang jadi pilihan hati Aiman

Tada angin tiada ribut, penyanyi Aiman Tino dilaporkan sedang menyulam bahagia dengan wanita dikenali, Syarah Haifa dan sudah menghantar rombongan merisik. Berita gembira itu disahkan abang teman wanitanya, Farish Isa yang memuat naik beberapa hantaran video di Instagram miliknya. “Eh! Ada tetamu datang rumah kita la. Rupanya nak merisik bunga di taman,” tulisnya dalam hantaran video di Instagram Story. Menerusi perkongsian Farish di Instagram, ibu Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil dilihat menyarung cincin di jari manis Syarah sebagai tanda hasrat hati untuk menyunting wanita pilihan. Dalam acara serba ringkas di kediaman kekasih Aiman itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu dilihat turut hadir bersama ahli keluarga lain.Difahamkan majlis merisik itu berlangsung di Cheras petang semalam. Sumber Harian Metro.

Namun, Ibu Aiman Tino, iaitu Hazelina Mat Jalil mengesahkan merisik teman wanita anaknya yang dikenali sebagai Syarah Haifa di kediaman keluarga gadis itu, semalam. Bagaimanapun, Hazelina atau Riena tidak boleh berkongsi lanjut berikutan perkenalan Aiman dan teman wanitanya masih pada peringkat awal. Mereka belum bertunang lagi, hanya merisik dahulu. Kami bertandang ke rumah sebelah perempuan, semalam. Tetapi saya tidak boleh komen lanjut sebab hubungan ini masih di peringkat baharu, takut tak jadi nanti.

kita doakan yang baik-baik saja, Insya-Allah. Tetapi sebagai ibu, saya restu pilihan Aiman dan senang dengan perkara yang baik seperti ini. Kalau boleh, biarlah sampai ke jenjang pelamin… Insya-Allah. Buat masa ini, mereka masih dalam fasa saling mengenali,” katanya kepada BH Online. Tambah Riena, Aiman dan teman wanitanya yang berusia 24 tahun itu berkenalan ketika menjalankan perniagaan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka buat perniagaan bersama ketika PKP. Aiman tiada ‘job’, jadi, dia berniaga dan dalam proses itulah mereka berkenalan. Alhamdulillah, mereka sebaya, jadi, mungkin disebabkan itu mudah serasi,” katanya.

Kredit Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *