Dari sejam tapi dilanjutkan jadi 3 jam, ramai yang puas hati dengan konsert Cakra Khan

Konsert Cakra Khan , A Decade Live in Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berlangsung dengan meriah semalam. Konsert tersebut telah meraih sambutan dan sorakan padu daripada peminatnya di Malaysia yang teruja menyaksikan persembahan cukup hebat serta bertenaga Cakra. Terkenal dengan lagu-lagu sedih, Cakra berjaya membuatkan rata-rata penonton yang hadir ikut galau bersama dengannya.

Rangkaian 20 buah lagu dinyanyikan oleh Cakra semalam yang sememangnya telah membuat para peminat larut dalam emosi dan menikmati persembahan terbabit. Antara lagu yang dinyanyikan ketika konsert tersebut ialah Mencari Cinta Sejati, Adalah Aku, Setelah Kau Tiada, Salah Tapi Baik, Cintamu Bukan Untukku, Kepada Hati dan banyak lagi.

Cakra turut berduet dengan dua penyanyi terkenal di Malaysia dan seorang penyanyi Indonesia menerusi konsertnya semalam iaitu dengan menyanyikan lagu berjudul Terlanjur Cinta bersama Khai Bahar, Seluruh Cinta dan Semalam bersama Aina Abdul serta Tanpa Batas Waktu dan Hal Hebat bersama Ade Govinda. Bukan itu sahaja, konsert Cakra Khan turut dihadiri oleh barisan artis terkenal yang turut tidak sabar untuk menyanyi dan mendengar kelunakkan suaranya. Sumber Xtra.

Di Twitter, kata kunci ‘Cakra Khan’ trending dengan luahan peminat-peminat penyanyi tersebut yang rata-ratanya meluahkan rasa berpuas hati selepas menghadiri konsert tersebut. Ini kerana, konsert yang dihadiri seramai 2,500 penonton itu difahamkan berakhir dalam masa sejam namun dilanjutkan sehingga tiga jam waktu persembahan. Antara artis yang menghadiri konsert tersebut semalam ialah Fattah Amin, Fazura, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Azira Shafinaz, Sherry Alhadad dan banyak lagi. Malah, sahabat baik Cakra, artis terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa turut terbang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri konsertnya. Cakra mengakhiri persembahannya dengan menyanyikan dua lagu kegemaran penontonnya iaitu Kekasih Bayangan dan Harus Terpisah.

Kredit Oh Bulan, PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.