Gantikan dengan air rbusan beras sebab tak cukup duit nak beli susu, tapi apa yang jiran dia bagi buat wanita ni bersyukur

JANGANKAN nak dekat, bau busuk longkang pun orang tak sanggup. Namun, seorang ibu sanggup bergelumang dengan air longkang demi sesuap nasi. Tidak merungut, sebaliknya wanita berkenaan bersyukur diberikan upah bagi membolehkan dia mengisi perut bersama anak-anak.”Alhamdulillah, rezeki hari ini cuci longkang depan rumah jiran… jiran bagi upah RM10. Ibu beli sardin dan beras. “Dapat masak, makan dengan anak sulung. Dari pagi tadi abang (panggilan anak sulung) puasa ye,” luahannya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut wanita itu, upah mencuci longkang itu bagaimanapun masih belum cukup untuk membeli keperluan lain, termasuk makanan buat anaknya seperti yang dijanjikan. “Ibu janji nak beli biskut yang abang suka tapi tak cukup duit. Nasib abang faham ibu… ibu janji nanti ibu beli, ibu janji!” katanya tanpa memaklumkan usia anak sulungnya. Bukan sekadar biskut, si ibu juga tidak mampu untuk membelikan susu buat anak kecilnya. Jelas wanita itu, dia terpaksa menggunakan air rebusan nasi bagi menggantikan susu anaknya buat sementara waktu. “Kebetulan susu adik baby habis, ibu buat air rebusan nasi ganti susu. Malam ni adik baby minum ni dulu ye. Nanti ibu kerja lagi esok, ibu janji beli susu adik, dengan nasi untuk abang.

“Doa untuk ibu ye anak-anak. Semoga Allah jaga anak-anak ibu selalu. Bersyukur seadanya, selagi mana mampu, berusahalah,” katanya. Luahannya yang dikongsi menerusi Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini baru-baru ini menjadi tular. Difahamkan, hantaran tersebut dipadamkan setelah menerima kritikan dalam kalangan warganet. Menerusi nota kaki dalam luahan tersebut, wanita berkenaan menegaskan dia hanya mahu berkongsi pengalamannya.

Tanpa menjelaskan mengenai status dirinya, wanita itu menegaskan bahawa perkongsiannya bukan untuk meraih simpati. “Janganlah kecam saya, saya tak minta bantuan dengan sesiapa. Saya cuma kongsi cerita apa saya buat hari ini seperti tajuk grup, salah ke saya? “Facebook lama ada, tapi biarlah rahsia sebab saya ada masalah peribadi. Jadi, saya memang tak boleh bercampur dengan orang luar, “Sebab itu saya tak boleh kerja dengan orang. Nak berurusan dengan saya boleh, silakan… saya bukan scmmer dan saya tak takut,” katanya. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.