Ramai yang tegur fizikal nampak kurus sangat, ank Azhar Sulaiman tampil jelaskan apa yang jadi dekat dia

GARA-GARA¬†penampilan fizikal dilihat kurus, ramai yang meminta anak kepada Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Ixora membuat pemeriksaan kesihatan. Menurut Leia, 23, bapanya sudah membawanya melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan mendapati dirinya sihat serta tiada sebarang masalah kesihatan. “Saya sudah pun dapat keputusan kesihatan. Doktor beritahu kelenjar limfa saya agak besar. “Selain daripada itu, saya tiada masalah. Doktor pun cakap saya hanya kurus dan dia sempat bertanya sama ada saya makan atau tidak,” katanya. Leia berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Leia turut menafikan dakwaan warganet yang sebelum ini membuat andaian dia mempunyai pelbagai masalah kesihatan termasuklah mengalami anoreksia. Kata Leia, fizikalnya yang kurus mungkin disebabkan faktor genetik dan bukannya kerana berpenyakit. “Semua orang tanya ada anoreksia, hypertension, hipertiroid ke?¬†Guys, jawapannya adalah tak. “Satu-satunya perkara yang saya boleh jelaskan ialah ia hanya kerana genetik. Jadi, kalau masih ada soalan macam ni, sila tanya ayah saya,” ujarnya.

Sementara itu, Leia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat terhadap tahap kesihatannya. “Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang komen dekat TikTok saya sama ada yang benar-benar ambil berat atau beri komen yang tidak baiik. “Sebenarnya saya dah lama nak buat pemeriksaan sejak tahun lalu lagi tetapi disebabkan jadual yang sibuk di universiti, saya terpaksa menundanya,” katanya. Sebelum ini, Leia dikatakan pitam selepas menerima rawatan di PPUM dan keadaannya itu merisaukan Azhar yang bimbang sekiranya anaknya itu menghidap penyakit hipertiroid.

Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.