Ramai yang minta masuk Gegar Vaganza, sekali ini pula respon selamba dari Mas Idayuu

GARA-GARA memberikan komen pedas terhadap persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel di minggu keenam program Famili Duo (TV3), juri tetap iaitu Mas Idayu berterusan menerima kritikan hebat warganet di media sosial. Selain kritikan mengenai penjuriannya, ada juga warganet mencabar Mas menyertai program nyanyian seperti Gegar Vaganza (GV) untuk membuktikan dia juga mampu menyanyikan pelbagai genre lagu dalam pertandingan berkenaan.

Menjawab mengenai komen itu, Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, berkata dia tidak gentar untuk menyertai mana-mana pertandingan namun pengalaman selama 38 tahun dalam industri lebih melayakkan dirinya untuk berada di kerusi juri. “Bukan takut… itu bukan tahap saya… minta maaf! Pertandingan bukan tempat saya dah, tahap saya sekarang menjuri. Saya sekarang aktif menjuri. Sudah 38 tahun saya dalam industri dan sejak 16 tahun lalu saya jadi juri, sekarang ini baru saya terima kritikan paling tinggi. “Seorang penyanyi atau guru vokal belum tentu boleh komen, jangan kerana tak puas hati dengan komen suruh saya masuk pertandingan. Yang duduk di kerusi juri itu tidak semestinya boleh menyanyi, pengalaman dia yang orang kena ambil,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini berpendapat penyanyi yang sudah berjaya mencipta nama tidak perlu memasuki mana-mana pertandingan nyanyian lagi. “Mereka yang dah legend tak perlu suruh masuk pertandingan. Mereka yang dah ada nama, jangan jatuhkan maruah mereka untuk masuk pertandingan. Pertandingan hanya untuk mereka yang rasa diri mereka layak sahaja,” katanya lagi. Dalam pada itu, Mas menjelaskan tindakannya menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya membuatkan dia tidak membaca kecaman daripada netizen.
Pun begitu, dia berlapang dada menerima segala kata-kata tersebut bagi memastikan peserta di dalam Famili Duo menunjukkan persembahan yang bagus setiap minggu.

Makilah mereka sebanyak mana sampai dia orang puas… sampai terputus dia orang punya bil telefon atau habis topup mereka. “Saya mengalu-alukan komen sesiapa sahaja yang nak memaki dan mencaci saya. Sejak beberapa hari ini saya banyak terima kata-kata kesat daripada netizen. Syukur Alhamdulillah, buatlah banyak-banyak lagi. “Makilah mereka sebanyak mana sampai dia orang puas… sampai terputus dia orang punya bil telefon atau habis topup mereka. Paling penting, peserta Famili Duo bagus,” ujarnya. Mas bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika ada peserta Famili Duo membenci dirinya namun berharap mereka bertahan sehinggalah program berkenaan berakhir.

“Saya harap peserta Famili Duo bertahan dahulu sampai habis program ini. Kalau selepas ini dia orang nak benci saya pun terpulang. “Yang bagi markah saya dan juga Ajai, bukan warganet ataupun sesiapa yang berkokok dekat luar itu. Apa pun saya harap caci maki yang saya terima ini membuatkan Sissy Imann dan Naim Daniel lebih bersemangat sebab banyak yang sokong mereka ini,” ujarnya. Sebelum ini, Mas memberi kritikan hebat kepada persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini kerana menganggap nyanyian mereka sangat kasar dan tidak sedap. Susulan itu, Mas menerima kritikan hebat daripada warganet dan beberapa selebriti yang tidak senang dengan cara penjuriannya itu.

kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.