Hidup mewah sebab ada yang tanggung, tak boleh berdiam sekali ini Daiyan Trisha tampil pertahankan diri

Memiliki rumah idaman di usia muda, selebriti terkenal Daiyan Trisya mengakui berasa terkilan dengan segelintir warganet yangmengatakan dia mempunyai ‘sugar daddy’ menaja kehidupannya. Pelakon dan penyanyi berusia 29 tahun ini menegaskan segala pencapaian yang dikecapinya itu datang daripada hasil kerja kerasnya sendiri. “Mungkin mereka rasa saya punya pencapaian tak cukup untuk apa yang saya ada sekarang kot… saya tak tahu la mungkin mereka tak follow, tapi peminat tak pernah persoalkan.

“Sebab peminat tahu saya ini macam mana. Bila orang cakap saya ada ‘sugar daddy’ tu, saya terasa sikit. Saya terkilan la sebab saya dah kerja keras kan. “Penat kerja, kau (warganet) cakap aku ada sugar daddy macam itu ja,,” kata Daiyan. Luah Daiyan, dia menganggap tuduhan dilemparkan itu berat sehingga menggores hati selain menunjukkan bahawa seorang wanita itu berjaya bukan disebabkan hasil usahanya sendiri. “Ia satu tuduhan yang berat dan melukakan hati. Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain. “Bukan sebab usaha dia, atau bakat dia, atau cara dia membawa diri. Kenapa mesti macam tu? Kenapa bila lelaki berjaya, kita tak ada pun cakap dia ada ‘sugar mommy’. “Saya terasa sikit la bila orang cakap macam itu tapi saya ok saja dan faham sebab kadang-kadang mereka pun ada persoalan antara satu sama lain,” ujarnya.

Daiyan ditemui ketika sidang media dan tayangan episod pertama drama siri Astro Originals, Projek : High Council yang diadakan di DADI Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa. High Council turut membariskan para pelakon baharu yang berbakat iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin dan Hazeeq Dean. Selain Daiyan, selebriti terkenal seperti Naim Daniel, Yusof Hashim, Sazzy Falak, Ben Tan, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof turut membintangi drama siri tersebut. Kredit, Gempak.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.