Lama dah tiada kontroversi, terkejut bila Ude Wahid dan isteri tiba tiba luahkan pasal ni

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude Wahid memuat naik hantaran seakan meluahkan kekesalan terhadap seseorang yang dikatakan suka membuat ‘bising’ di media sosial namun ketika ajak bertemu tidak mahu. Dalam perkongsian tersebut, Ude Wahid atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid seakan bertanya kepada sesorang adakah memang suka berkongsi masalah kepada orang lain agar semua pihak tahu?

Dia juga memberi amaran supaya berhenti untuk berkongsi segala perkara di media sosial terutamanya di Instagram kerana bimbang akan aib sendiri terbuka. “Sudah-sudahlah. Jangan nanti dok bising-bising dekat Instagram tiba-tiba Allah buka aib kau baru time tu tak cukup tanah kau nak bersembunyi.  (Aku up sebab dah lama bersabar. Bukan nak memburukkan keadaan) tapi dah puas kena pijak. Aku pun nak hidup aman damai,” tulisnya. Dalam pada itu, pemuzik bebas tersebut turut meminta isterinya, Izreen Azminda banyakkan bersabar dengan ujian yang sedang mereka hadapi.

Menjengah ke Instagram Izreen, dia yang seakan berseteru dengan seseorang sepertinya meluahkan rasa kesal kerana individu berkenaan yang hanya berani bercakap di media sosial namun apabila mahu bertemu dan berdepan dia enggan. Tambahnya lagi, individu tersebut seakan tidak menghormati suami barunya kerana tanpa segan memuat naik gambar bekas suami yang kini sudah pun mempunyai keluarga sendiri. “Suka naw up dekat media sosial. Terpaksalah aku buat benda yang sama. No dok ada meh jumpa kalau betul sangat diri kau tu. Tak maafkan konon. Macam kau tak pernah buat something kat belakang aku. Ko sembang apa ni,” tulis Izreen.

Walau bagaimanapun, individu yang dimaksudkan Izreen dan suaminya itu tidak dapat dipastikan siapa kerana dia langsung tidak menyebut sebarang nama di dalam posting yang dilakukan di Insta Story masing-masing. Untuk rekod, pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkat itu telah bernikah dengan Ude Wahid pada Ogos 2017 yang ketika itu sudah beristeri. Walau bagaimanapun, Ude telah berpisah dengan bekas isterinya, Intan Liana Saleh pada 2018. Hasil perkahwinan pertama, dia telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Sumber: Instagram Ude Wahid, Izreen Azminda, OhMyMedia

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.