Akui ada rasa nak tambah bini satu lagi, tapi Datin Shahida punya respon buat ramai yang setuju

Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia sememangnya pernah berfikir untuk berkahwin lain disebabkan ingin merasai kenikmatan berpoligami. Bagaimanapun, Aliff berkata dia tidak berkemampuan untuk membahagikan kasih sayang dan perhatian jika mempunyai ramai isteri. “Saya ada terfikir (kahwin dua) sebab nikmat lain… kadang-kadang kita makan ikan kembong, esok nak makan ikan siakap… sebab nikmat dan belaian lain. Yang tua lain, yang muda lain. Tapi saya percaya satu benda, saya tak sanggup pening dan saya yakin bila wujudnya orang nombor dua dan sebagainya, kasih sayang kita dan fokus makin berkurang. Bukan kata tak boleh, kalau dah rezeki dan jodoh, kita tak boleh halang. Sebab benda ini (poligami) bukanlah haram… lelaki boleh nak kahwin lain,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Meskipun ada keinginan itu, namun Aliff hanya mahukan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang menerima segala kekurangan dalam dirinya. “Niat itu ada, tapi saya takut bini… jujur saya takutlah dengan isteri saya. Kalau tanya lelaki, dia kata tak nak kahwin dua itu ptng tangan… tak adanya. “Cuma, jujur saya katakan, saya cuma nak isteri saya jaga saya la. Kalau la isteri saya tak ada… pergi menghadap illahi, saya tak akan kahwin sebab dia saja yang boleh menerima kekurangan saya. “Saya seorang yang agak sukar untuk dijaga dan dia menerima semua kekurangan saya. Saya takkan jumpa orang yang cukup sempurna seperti dia,” ujarnya.

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya jadi perhatian ramai. Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal oleh warganet sama ada mahu berkahwin baru atau tidak. “Datuk bila mahu kahwin dua?” soal warganet. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Aliff menjawab soalan tersebut sambil merakam dan bertanya kepada isterinya Datin Seri Nur Shahida yang duduk di belakang ‘seat’ kereta. “Ha macam mana, orang tanya ni,” tanyanya kepada isterinya itu.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah respons yang diberi oleh isterinya yang menyuruh Aliff untuk memindahkan semua harta kepadanya dahulu jika mahu berkahwin lain. “Pindahkan semua aset dulu kepada nama saya, lepas itu suka hatilah,” balas Shahida. Jawapan yang diberi oleh Shahida turut membuat Aliff terkejut sehingga bertanya kembali kepadanya. “Oh so awak sayang saya sebab harta jelah?” soal Aliff. Sekali lagi, respons jujur yang diberi oleh Shahida kepada Aliff membuat rata-rata pengikutnya terhibur. “Ye betul. Saya sayang awak sebab harta!” akhiri Shahida. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur mendengar respons yang diberi oleh Shahida tersebut dan turut bersetuju dengan jawapan yang diberikan.

“Sebab life dengan Datin bermula dengan kosong, so nak kahwin lain kena bermula dari kosong balik baru adil. “Dulu Datuk belum kaya raya, isteri inilah yang nak dekat Datuk jugak. So jangan buat hal. “100 peratus setuju. Sebab masa susah dulu bini nombor 2 tak ada. “Saya sokong Datin, pindah semua harta baru boleh kahwin lain. “Betul Datin, kalau nak kahwin dua. Biarkan Datuk mulakan dari kosong hahaha. “Patut pun bagi semua Datuk. Susah senang dengan Datuk dari awal. Cukup Datin seorang. Lawa, baik, sopan. Semua lengkap,” komen warganet. Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang tidak membenarkan Aliff untuk berkahwin baru memandangkan Shahida setia dan sering bersamanya dari awal. “Janganlah kahwin Datuk. Cukup seorang pun dah bahagia. Semua ada,” komen salah seorang warganet. Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan pasangan itu juga menanti kelahiran cahaya mata keenam tidak lama lagi.

kredit, xtra, astro gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.