Turut kena kritik dengan warganet sebab komen macam ni pada Syamsul, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Shuib

Usahawan dan penyampai radio, Shuib tampil mempertahankan dirinya susulan ucapan tahniah yang diberikan kepada rakan artis, Syamsul Yusof yang telah pun selamat berkahwin kali kedua, Jumaat lalu. Menerusi Instgram, Shuib menulis komen tersebut pada hantaran yang dimuat naik Syamsul sekaligus menyebabkan ada peminat yang rasa tidak puas hati dengan reaksi yang ditinggalkan bapa kepada empat cahaya mata itu.

“Saya tak perlu pertahankan sebab saya rasa lama kelamaan orang akan faham juga apa yang saya cuba sampaikan atas apa yang saya komen itu. “Ia (komen berdasarkan perkara baik yang sedang berlaku (Syamsul selamat mendirikan rumah tangga kali kedua) pada ketika itu.  Kalau contoh perkahwinan itu tidak jadi pun, ia mungkin baik pada sebelah pihak tetapi tidak kepada pihak yang satu lagi. “Tetapi janganlah kita sampai jatuhkan hukum hingga ada istilah nak boikot dan sebagainya. Saya tak fahamlah. Nak buat begitu kenapa, saya buat salah apa? “Sampai ada yang kata inilah kuasa wanita. Ketika itu saya terfikir ini sudah letakkan emosi dah ni. Cuma kita sebagai orang luar, hanya doakan yang baik-baik. Jangan menambah-nambah,” katanya kepada MH.

Shuib pada masa sama akui, komen ringkas yang diberikan turut mendapat reaksi Syamsul yang mengucapkan terima kasih. “Dia ada berikan respon, terima kasih katanya. Saya beritahu dia, semoga Allah permudahkan urusan awak. Sudah tentulah saya sebagai lelaki, tak mahu kawan-kawan kita ada masalah rumah tangga. “Lagi seronok untuk kita tengok kawan-kawan bahagia dan harmoni. Tapi bila begini, kita rasa sedih cuma apa yang mampu, cuba berikan sokongan yang paling baik. “Cuma takut sekarang ini, penglibatan soal emosi itu yang terlalu banyak. Terlebih-lebih bagi kaum wanita, mungkin,” katanya lagi.

Ditanya mengenai pendiriannya mengenai lelaki yang boleh berkahwin lebih daripada satu, Shuib menjelaskan hal tersebut tidak boleh dipertikaikan. “Saya ada juga kawan yang berpoligami. Malah yang isteri tolong carikan suami calon pun ada. Saya pun terkejut, tapi itulah realitinya. Bagi saya ia tidak salah, lelaki boleh berkahwin sampai empat. “Akan tetapi berbalik kepada nasihat orang bijak pandai, bagaimana pun kita menguruskan perkahwinan itu. Daripada segi kemampuan kita untuk berlaku adil. Kalau rasa tidak boleh, tak perlulah,” katanya lagi.

Komen warganet,

Sumber, mediahiburan.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Dah jarang muncul di siaran TV, Shuib dedah bukan sebabkan demand tapi ini puncanya. Shuib memilih tawaran kerja yang membuatkan dirinya gembira. Pelawak dan penyampai radio Suria FM menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendkwa dia bersikap demand disebabkan jarang muncul dalam mana-mana program televisyen atau projek lakonan. Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, memberitahu selepas lebih 10 tahun terlibat dalam industri hiburan, dia lebih mengutamakan keseronokan bekerja berbanding sikap tamak membolot semua tawaran diberikan kepadanya.

“Saya tidak rasa ada isu demand. Dalam usia sekarang ini saya lebih mencari keseronokan bekerja untuk hiburkan diri sendiri. Kalau dapat tawaran kerja melibatkan kawan-kawan, memang saya suka. Kalau payment besar sekalipun tetapi tidak happy nak buat apa? Boleh sahaja saya terima tawaran kerja tanpa bayaran asalkan tak stress. Sekarang ini kena fikirkan diri sendiri,” katanya. Tambah Shuib, kemunculannya sebagai penyampai segmen Morning Morning Suria sejak September lalu juga sebagai tanda kembali aktif selepas setahun berehat dari aktiviti seni kerana pemergian isterinya Allahyarham Siti Sarah pada Ogos 2021. Mengharapkan sokongan peminat, kata Shuib ia juga menjadi pembakar semangat untuk dia melupakan kesedihan.

Saya mahu kembali mengisi masa yang ada dan mengharapkan sokongan semua apabila kembali aktif dalam industri. “Saya mahu kembali mengisi masa yang ada dan mengharapkan sokongan semua apabila kembali aktif dalam industri. Menghiburkan peminat bagaikan sudah menjadi darah daging. Saya mahu rasa happy dan boleh buat saya untuk move on. Sokongan peminat boleh memberi saya semangat,” ujarnya. Sementara itu Shuib juga akur akan kehadiran barisan pelawak baharu yang memeriahkan industri seni tempatan selain boleh memberi satu persaingan sihat antara mereka. Yakin telah membina nama kukuh sebagai seorang anak seni, Shuib menyerahkan sepenuhnya kepada peminat untuk terus menerima kehadirannya dalam industri. “Kalau dahulu saya bekerja untuk membina nama Shuib, sekarang ini tonjolkan apa yang ada dalam diri sendiri. Saya tidak boleh nak jadi orang lain kerana inilah Shuib. Terpulang kepada orang ramai untuk terima kehadiran saya. Namun apa sahaja tawaran, saya akan lakukan yang terbaik,” jelasnya. Sumber, Mstar Online