Gambar Tokti dengan menantu, tapi ini pula yang warganet perasan dalam gambar tu

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan juga usahawan, Tya Ariffin di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya mengundang perhatian ramai. Menerusi hantaran berkenaan, Tya yang juga menantu kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik gambar bersama ibu mentuanya serta Izara Aishah. Difahamkan, mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. “Birthday family dinner,”tulis Tya dengan menyertakan emoji hati.

Bagaimanapun, penampilan Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi di kalangan peminat berjaya jadi perhatian ramai apabila mereka memuji kecantikan pelatun lagu Bukan Cinta Biasa. Rata-rata warganet mengakui selebriti berusia 44 tahun itu kelihatan awet muda dan tidak dimamah usia lebih-lebih lagi bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Ariffin dan Izara Aishah. Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan usia yang sama meskipun sedar TokTi jauh lebih berusia. Dalam pada itu, suami kepada Tya Ariffin iaitu Asyraf Khalid sempat berseloroh di ruangan komen dengan mengatakan gambar berkenaan kelihatan cantik disebabkan oleh jurugambar.

Sekadar info, Siti Nurhaliza kini sedang membuat persiapan menjaga stamina kerana bakal menghadiahkan sesuatu kepada peminatnya, Siti Zoners tidak lama lagi. Kredit, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Siti Nurhaliza tampil akui vokal nyanyiannya terganggu semasa di konsert amal, Rupanya ini sebab vokal Tokti terganggu. Antara penyanyi kesayangan ramai wanita ini. Konsert amal Datuk Seri Siti Nurhaliza dapat sambutan memberangsangkan. Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kualiti vokal nyanyiannya sedikit terganggu selepas dijangkiti Cvd19 kira-kira tiga bulan lalu. Gara-gara jangkitan itu, Siti berkata dia mengalami masalah nafas pendek ketika menyanyi, sedikit sebanyak turut memberi kesan semasa konsert Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Sabtu.

Cvd19 memang beri kesan sebab penafasan saya jadi pendek. Sebagai penyanyi, sudah tentu suara adalah aset penting. Ada kalanya menyukarkan saya mencapai nada tinggi bagi sesebuah lagu,” katanya kepada mStar. Bagi mengembalikan semula stamina seperti dahulu, Siti berkata dia kini bergiat aktif dalam sukan Muay Thai. Bukan itu sahaja, dia juga mula menjaga pemakanan dan mengutamakan latihan senaman melibatkan stamina di dada seperti aktiviti berenang. “Sekarang ini, saya banyak aktif dengan sukan Muay Thai sebab nak kembalikan stamina dan dapat rasakan banyak perubahan selepas mengikuti kelas tersebut.

Luahnya lagi “Saya berusaha nak dapatkan semula kualiti suara terutamanya melibatkan nada-nada tinggi,” ujarnya. Dalam Konsert Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti menyampaikan 17 buah lagu popularnya nyanyiannya termasuk lagu duet Baldu Biru bersama penyanyi terkenal, Awie . Konsert amal itu berlangsung penuh meriah di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Terangnya lagi, “Saya sangat bersyukur dengan latihan rapi dan yakin mampu buat lebih baik hari terakhir konsert malam ini. “Konsert ini adalah persembahan eksklusif bagi mengutip dana untuk Yayasan Nur Jiwa dan penganjuran kali ini sangat istimewa sebab mendapat respons sangat baik daripada orang ramai. Jualan tiket juga sangat memberangsangkan bagi kedua-dua malam,” ujarnya. Sumber, mstar