Tak kesah kalau anak nak hidup bermadu, tak sangka ini pula syarat yang Azhar Sulaiman tetapkan

PELAKON Azhar Sulaiman memberitahu nama anak perempuannya, Kasih Iris Leona sering menjadi bahan usikan warganet yang disebut bakal menjalani isteri kedua sekiranya mendirikan rumah tangga kelak. Terbuka jika itu adalah ketentuan buat anak kesayangannya itu, Azhar, 52, bagaimanapun meletakkan syarat buat bakal menantu yang ingin memperisterikan Leona suatu hari nanti. “Ramai yang mengatakan anak saya akan jadi isteri nombor dua atau tiga. Resmi saya senang, terima sesiapa sahaja asalkan ada ijazah dalam pelajaran. “Pastikan hormat dan jaga maruah anak saya serta keluarga kalau calon itu sudah berkahwin,” katanya.

Azhar menyenaraikan perkara tersebut dalam satu perkongsian di laman Instgram miliknya pada Jumaat yang turut disertakan dengan gambar Leona. Akur dengan ketentuan jodoh yang telah ditetapkan, Azhar juga mahu bakal suami Leona itu nanti bijak menguruskan hal keluarga jika menjalani hidup berpoligami supaya kisah mereka tidak menjadi perhatian ramai. Azhar bagaimanapun mendedahkan Leona sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki berketurunan Cina apabila ada bertanya sama ada tidak meletakkan syarat lelaki yang boleh membimbing anaknya itu. “Uruskan hubungan dengan baik dan jangan sampai kecoh satu Malaysia. Akur bahawa ajl dan jodoh itu ditangan Allah. “Anak saya suka chinese boy. Rasanya dia yang penat nak bimbing kalau terjadi perkahwinan nanti,” katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen ramai dalam kalangan warganet yang setuju dengan sikap terbuka Azhar dalam soal memilih menantu. “Insya Allah jodoh anak mami (panggilan Azhar) orang yang baik-baik, beragama, bertanggungjawab dan mampu dari segala segi. Semoga dipermudahkan untuk dia. “Benda mudah buat apa nak gempar sana-sini. Benda baik kita sokong, benda tak elok kita bantah. “Kalau dah jodoh tak boleh nak nafikan. Janji dua-dua setuju dan diterima isteri pertama sebab hidup nak sama-sama bahagia. Tapi kalau boleh cari yang single, malam-malam dapat peluk dan tak perlu tunggu giliran,” komen warganet.

Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Pertama kali mengundi, tindakan Iris Leona tayang kertas undi teruk kena kritik dengan warganet. Tindakan anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang memuat naik video menunjukkan gambar kertas undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di media sosial telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai. Menerusi perkongsian video di akaun TikTok milik Leona, dia dilihat memegang kertas undi yang memaparkan nombor siri dan maklumat pada kertas undian tersebut. Sejurus video itu telah tular, majoriti besar orang ramai tinggalkan pelbagai reaksi dan mengkritik tindakan pempengaruh itu.

“Leona, kertas undi tidak boleh didedahkan kerana ada akta dan peraturan yang perlu dipatuhi, baik awak padam sebelum terlambat,” komen seorang pengikutnya di TikTok. “Awak tidak sepatutnya mendedahkan kertas undi secara umum begitu sahaja apatah lagi kertas undi tersebut mengandungi nombor siri,” komen pengguna TikTok yang lainnya. “Bila pertama kali mengundi sampai kertas undi pun ditayang, ini masalah Gen Z bila mengundi, kalau boleh hendak dibuat siaran langsung ketika mengundi,” komen pengguna yang lainnya.

Dalam sudut pandang lain, terdapat juga orang ramai yang berpendapat tindakan itu tidak menjadi kesalahan kerana kertas undian tersebut masih lagi kosong dan tiada tanda pangkah pada mana-mana parti yang dipilih. “Biarlah dia hendak tunjuk sebab dia belum tandakan apa-apa lagi di kertas undi, lagi pula undi bukan rahsia lagi apabila ada nombor siri, jadi mereka boleh tahu kalian mengundi siapa,” tulis pengguna TikTok itu. “Mungkin dia teruja sangat kot, lagipun saya rasa tiada salah apapun memandangkan kertas undian tidak ditanda lagi,” komen pengguna yang lainnya. Untuk rekod, Leona kini sedang melanjutkan pengajiannya di United Kingdom dan terpaksa membuat undian pos bagi PRU15. Sumber, KOSMO! ONLINE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *