Gudang jenama terkenal terlibat dalam kejadian tak diingini, individu tawarkan RM100 ribu kalau dapat jumpa lelaki ni

Gudang yang dimiliki oleh jenama terkenal iaitu Elrah Eksklusif mengalami kebkran dalam kejadian dipercayai berlaku semalam. Berita itu dimaklumkan sendiri oleh pemilik jenama tersebut, Sass Syed dalam hantaran video terbaharu di akaun Instagram miliknya. Video tersebut merakamkan keadaan di lokasi kejadian selepas bomba berjaya memadamkan api. Selain itu, video tersebut juga turut memaparkan rakaman daripada orang awam dan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di mana kelihatan seorang lelaki yang disyaki pelaku sedang membaling sesuatu sebelum memanjat pagar dan melarikan diri.

Pemilik Elrah Eksklusif juga menawarkan ganjaran RM100,000 ganjaran kepada mereka yang berjaya membantu mencari pelaku tersebut. “Minta jasa kawan-kawan untuk viralkan video ni. GANJARAN RM100,000 kepada yang menjumpai pelaku yang cuba membkr warehouse saya. “Saya buat tindakan ini kerana semalam staff saya cakap ada motor yang dua tiga kali ulang alik di depan warehouse saya pada jam 3 pagi. “Bila saya diam, mungkin mereka cuba untuk buat sekali lagi. Jadi saya terpaksa buat keputusan ini untuk memastikan keselamatan stock-stock agent saya tahun ini.

“Di sini ada beribu harapan agent untuk buat duit. Saya tidak boleh bagi mereka untuk mengh4ncurkan harapan agent-agent saya. “Tolong bantu saya kongsi dan jumpa pelaku yang berhasad dengki ini. Jika ada maklumat minta share pada +6018-239 9080,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen juga rata-rata pengikutnya mendoakan usaha mengesan individu disyaki dipermudahkan. Klik sini untuk lihat video.

Sumber, Instagram sass_syed, keluarga. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Kejayaan yang diraih Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman nyata bukan calang-calang. Mula membina legasi ketika berusia 27 tahun, usahawan kelahiran Ketereh, Kelantan yang berdaya saing dan penuh karisma ini mampu tersenyum bangga apabila segala penat lelah dan pengorbanan yang dicurahkan untuk memperkukuh empayar Elrah Exclusive kian membuahkan hasil. “Meskipun berdepan persaingan sengit saban tahun namun alhamdulillah dengan kejayaan Elrah pada tahun pertama dapat menjual sebanyak 68,000 helai jubah dalam masa dua bulan. Ini merupakan satu kenangan manis baru yang membuat terukirnya senyuman dan tidak dapat dilupakan kerana ia adalah satu pengalaman baru dalam hidup saya.

Pada ketika itu yang baru mencuba dalam bidang industri fesyen dan pada masa sama juga baru mencuba dalam bidang perniagaan yang saya sendiri baru belajar. Alhamdulillah rezeki itu ada di mana kita berusaha!” Teruja dengan sambutan luar biasa itu, El Azman terus optimis mengeluarkan pelbagai variasi rekaan Baju Melayu, jubah dan kurta khas buat pelanggan lelaki mereka. Ujarnya, dia sama sekali tidak menyangka perniagaan busana lelaki yang diusahakan ini membuka banyak ruang dan peluang untuk berjaya. Lantas, bermacam-macam perancangan telah disusun rapi demi melebarkan lagi sayap perniagaan Elrah Exclusive ke persada antarabangsa.

Mengimbas kembali detik awal pembabitan El Azman dalam bidang keusahawanan, bapa kepada dua cahaya mata ini berkata idea menjual busana tradisi lelaki tercetus sebaik dia pulang dari bumi Arab Saudi kira-kira tujuh tahun lalu. “Idea ini tercetus selepas saya pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2014. Sepanjang berada di sana saya terinspirasi melihat elemen maskulin yang ditonjolkan lelaki Arab melalui cara pemakaian mereka. Khususnya dalam penggayaan jubah yang dipakai lelaki Arab ini yang membuatkan saya terdetik mahu mengeluarkan koleksi jubah lelaki dengan rekaan menarik, kemas dan berkualiti menggunakan label sendiri,” terang El Azman.

Jelasnya lagi, “Tahun 2014 menjadi titik-tolak penglibatan jenama Elrah secara langsung dalam industri fesyen islamik di Malaysia. Salah satu faktor saya mengusahakan perniagaan ini adalah kerana mahu menaikkan martabat pakaian tradisional yang juga pakaian islamik seperti Baju Melayu, jubah dan kurta di persada Malaysia dan Asia khususnya. Sehingga ke hari ini, kami sudah pun mempunyai lebih daripada 100 koleksi yang dihasilkan di bawah label Elrah.” Di samping ligat merencana hala tuju Elrah Exclusive, El Azman percaya keperibadian yang disenangi ramai juga amat penting bagi seorang usahawan.

Tidak hairanlah, dia sentiasa mengamalkan sikap ceria dan mudah mesra terhadap sesiapa sahaja. Malah, sifat semula jadi itu diakui banyak membantunya dalam perniagaan. “Alhamdulillah setakat ini, kami memiliki hampir 30 cawangan di seluruh Malaysia, Thailand 22 cawangan, Indonesia 2 cawangan dan di Singapura ada satu outlet. Buat masa sekarang, saya hanya fokus dengan perusahaan Elrah selari dengan impian untuk mencapai sasaran jualan melebihi sejuta helai pakaian Elrah Exclusive dalam masa setahun.”