Ramai yang kritik tapi tak putus asa, Khaii Bahar luahkan sesuatu pasal Nabilaa Razalii

PENYANYI Khai Bahar memuji dan mengagumi semangat rakannya iaitu Nabila Razali yang tidak pernah berputus asa memperbaiki kualiti nyanyian. Kata Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, dia melihat banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Nabila sepanjang perjalanan karier seni wanita itu. “Dakwaan tersebut tidak benar. Sudah banyak peningkatan dalam nyanyian Nabila, dia seorang yang rajin dan tidak pernah berputus asa. “Sebagai seorang sahabat, saya kagum dengan Nabila yang tidak pernah putus asa… dia seorang yang sangat kuat walaupun orang kata dia macam-macam. Dia juga perlukan sokongan daripada rakan-rakan dan peminat, saya nampak perkara itu.

“Hari demi hari dia banyak kemajuan, bila rakam lagu bersama dengan dia pun saya terkejut nampak kemajuan dia daripada dulu sampai sekarang,” katanya. Khai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu terbaharu iaitu Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali di ibu kota, baru-baru ini. Dalam pada itu, Khai menganggap teguran semua pihak turut membantu memperbaiki nyanyian seseorang penyanyi. “Bagi saya teguran daripada semua orang itu tidaklah memburukkan keadaan tapi teguran itu salah satu membantu kita perbaiki salah silap dan kelemahan yang ada,” katanya lagi.

Berkongsi perkembangan terkini, Khai dan Nabila berduet menerusi lagu Selagi Ku Ada hasil ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi Amylea Azizan. Lagu ini juga merupakan runut bunyi bagi drama Kerana Cinta Itu Ada yang merupakan lakonan Nabila bersama Aedy Asharf. Lagu dan muzik video rasmi Selagi Ku Ada ini boleh distrim dan ditonton di semua platform sejak 11 Januari lalu menerusi slauran YouTube Nabila Razali Entertaiment. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Nabila Razali muat naik video sambut hari jadi, sekali warganet perasan ada individu ni pulak. Nur Nabila Mohd Razali atau lebih mesra disapa Nabila Razali merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima. Baru-baru ini, Nabila telah kongsikan satu video di laman sosial tiktoknya dan video tersebut telah menjadi perhatian para peminat apabila mereka perasan seseorang yang turut meraikan hari lahirnya.

“Happy Birthday Nabila Aulia”. Menerusi video tersebut, kejutan hari lahir buat Nabila itu diadakan di lokasi penggambaran dan semua kru turut meraikan ulang tahun Nabila yang ke 30 tahun pada 13 November 2022. Pihak kru membawa sebiji kek yang dihiasi dengan lilin ke arah Nabila dan dia tersenyun bahagia dengan kejutan yang diberikan. Menjengah keruangan komen, ramai peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat Nabila dan ada juga yang perasan akan susvk badan seseorang turut ada dalam video tersebut yang dipercayai pelakon lelaki yang bernama Aedy Ashraf. Klik sini untuk lihat video.

Peminat turut bertanya-tanya adakah penampilan mereka berdua di satu tempat akan ada lagu baharu yang bakal dikeluarkan. “Dia nak keluar lagu cumi cumi 2.0 ke. “ada lagu baruuuuu niiii. korang lupa ke kita satu malaysia kena prank suatu ketika dahulu. Sumber, Murai.my.