Dah selamat bersalin pagi tadi, Mia Ahmad dedah jantina anak ketiga

PEMAIN bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya yang juga pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 1.25 pagi, Selasa. Bersyukur urusan kelahiran cahaya mata ketiga dipermudahkan, Izham, 32, mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan mereka. “Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan ketiga kami pada 1.25 pagi tadi. “Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” katanya.

Izham berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa. Pada Sabtu lalu, Mia atau Samihah Ahmad Baderi, 35, memuat naik video anak keduanya, Iris dengan berkongsi momen terakhir sebelum bertukar status menjadi seorang kakak. Mia turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan kelahiran anaknya kelak. “Hari terakhir jadi ‘adik’ hari ni. InsyaAllah esok title kakak dah dia. Mommy emosilah. “Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluargaku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu,” tulisnya.

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Kongsi momen terindah belajar Al Quran, Warganet puji Mia Ahmad dan pasangan. Kalini pelakon Mia Ahmad tampil berkongsi dengan peminat mengenai dirinya dan suami yang merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi Roslan yang telah mengikuti kelas Al-Quran sejak dua tahun yang lalu. Menerusi hantaran di Instagram, Mia dilihat memuatnaik video yang memaparkan suaminya yang sedang mengikuti kelas Al-Quran bersama seorang Ustaz dan menjelaskan bahawa hantaran yang dimuatnaik bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. “Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas Al-Quran. Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi just sharing jouney kami bersama sempena bulan Al-Quran ini dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabran dia mengajar kami berdua. Terima kasih Ustaz.”-Kongsi Mia

Memori Terindah Sepanjang Perkahwinan. Tambahnya lagi, Mia turut menyatakan bahawa itu adalah memori terindah buatnya sepanjang perkahwinannya bersama Izham serta menitipkan harapan agar menjadi inspirasi buat keluarga di luar sana. “Yang pasti ni lah memori paling terindah dalam perkahwinan kami. Ya Saya tau hangpa takmau tau pun. Just sharing hopefully dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi. Amin.”-Mia Ahmad. Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dengan perkongsian Mia yang dikatakan telah memberi inspirasi mereka untuk terus kekal istiqamah. “Allahumma aamin.

Saya suka Mia sharing macam ni, sebab Mia juga kekadang bagi inspirasi untuk saya terus kekal beristiqamah. TQ Mia.” “Keep sharing Mia, sama-sama kita usaha mencari hidayah Allah.” “Alhamdullillah. Suka sharing kak mia sekarang. Semoga kak mia sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.” Sekadar info, Mia Ahmad dan Izham Tarmizi telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa dan seorang cahaya mata perempuan, Iris. Sumber, murai

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *