Penampilan terbaru pelakon, Hannah Delisha semenjak tiga tahun lalu sering kali menerima doa-doa daripada warganet apabila dirinya mengambil keputusan untuk mula berhijab. Walau bagaimanapun, Hannah akui bahawa untuk kekal istiqamah itu adalah satu perkara yang sukar. Menerusi laporan Harian Metro, Hannah, 27, tidak menghakimi mana-mana selebriti wanita yang mengambil keputusan untuk kembali tidak berhijab. Tambah Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, iman seseorang tidak menentu dan hal itu juga pernah terjadi kepada dirinya.
“Bukan tempat saya nak menghakimi mana-mana artis yang membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung sebab kita hanya manusia biasa. Lumrah manusia, iman turun dan naik di mana saya pun pernah mengalaminya. Kalau di penggambaran luar, saya tengok orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, saya teringat sebelum saya mula berhijab. Rasa macam seronok sebab tak panas. Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan. “
Dalam pada itu, sebelum mula berhijab, Hannah menyatakan bahawa dirinya kurang memahami dengan maksud ‘semoga istiqamah’ yang mana sering kali dilihat di komen artis wanita yang mula berhijab. Namun hal itu terjawab apabila dirinya yang mula melaluinya sendiri. “Untuk kekal istiqamah memang mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah. Terdahulu, Hannah memuat naik videonya di Youtube sekitar tahun 2020 tentang keputusan yang diambil olehnya untuk mula bertudung dan mengharapkan kisah itu menjadi inspirasi kepada wanita Islam di luar sana. Sumber, Harian Metro
Tular video suami betulkan tudung Hannah, ramai yang kagum dengan suami Hannah Delisha sebab jaga aurat isteri. Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan di tiktok user3211227123278, Menunjukkan suami kepada artis selebriti terkenal iaitu Hannah Delisha dimana suaminya membetulkan tudung Hannah agar kelihatan rapi dan mentutup aurat. Perkongsian ini berjaya jadi perhatian warganet terutamanya di tiktok. Ramai kagum dengan sikap suami Hannah Delisha kerana peka dan sentiasa menjaga aurat isterinya membetulkan rambut daripada terdedah. Walaupun ia dianggap ‘simple’, tetapi ia suatu perkara yang sangat bermakna buat setiap isteri dan boleh didefinikasikan seorang wanita akan menjadi ratu di tangan lelaki yang tepat. Klik sini untuk lihat video.
“untungnyaa dpt suami baik. smoga kekal till jannah..” “Suami y btul betul mmbimbing isterinya ialah mmberi spenuh Perhatian walaupun seinci..”-komen salah seorang warganet. @Winaa94: cantik sgt kak hannah ni, suka part senyum tu. rezeki Allah utk kak hannah dpt suami yg menjaga aurat isteri. Alhamdulillah. @Cik Jamella: sweetnye! tggu la kalau dpt suami bila dpt msuk syurga satu hari nnt. @Ida berink: masha allah sweet jer dorang. @Shaiey_Eidah: Alhamdulillah! @Salihah Aziz: masyaallah suami yang menjaga aurat isterinya. semoga mereka bahagia dunia akhirat. @andesja klaka: comel cute sgt hannah delisya ni. @ritaferysha: untungnyaa dpt suami baik. smoga kekal till jannah. @INAI&DakwahCreator: Suami y btul betul mmbimbing isterinya ialah mmberi spenuh Perhatian walaupun seinci.
@FA: Abg topi tu tepi lah sikit. @Azziey Azziey-s: bhgia kn diaorg. @silent__: mmg la bini dy hannah delisha kot. @eijumdzen2707: sweetnye suami Hannah. @ezahawang: masyaAllah contoh seorang suami menjaga aurat isteri. @jaa: alhamdullillah, rezeki dpt suami yg baik dan bertggjuwb. Rata-rata warganet mendoakan kebahagian kedua selebriti ini semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke syurga. Sumber, newzfest.com.