Penampilan pelakon jelita, Nadia Brian sememangnya menjadi perhatian ramai kerana dikatakan berpakaian menjolok mata dan keterlaluan sebagai seorang beragama Islam. Malah, aktres berusia 32 tahun tidak menafikan dirinya seorang wanita yang menjolok mata, namun selesa dengan penampilannya kerana menjadi diri sendiri dan tidak ‘hipokrit’. “Dari awal kemunculan, orang kata saya sangat feminin dan menjolok mata. Saya pakai baju kurung pun orang kata macam tu. “Sksi itu sangat umum tapi mungkin sebab ada terdedah sedikit, orang dah anggap itu sksi,”ujarnya.
Bagaimanapun, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi juga menganggap kritikan yang diberikan oleh warganet sebagai pendorong untuk berubah ke arah yang lebih baik selepas ini. “Kita kena anggap bila terima segala komen ke arah positif sebab mungkin mereka bimbang tentang diri kita,”katanya. Dikesempatan itu, Nadia berharap agar warganet di luar sana agar lebih berhati-hati mempercayai dan membaca artikel yang tinggalkan kritikan terhadap penampilannya.
Dalam perkembangan lain, aktres berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa menjemput orang ramai menonton filem terbaharu lakonannya berjudul Eva di pawagam bermula 26 Januari 2023 ini. Selain Nadia, filem berkenaan turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Nadia Aqilah, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan ramai lagi. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Nadia Brian trauma keganasan rumah tangga. Pelakon, Nadia Brian, 31, mengaku pernah mengalami situasi pasca trauma akibat kegnsan rumah tangga ibu bapanya. Nadia berkata, sewaktu kecil dia tidak pernah terdedah dengan masalah kesihatan mental sehingga dirinya meningkat dewasa. “Mak saya pernah mendrta akibat kegnsan rumah tangga selama 14 tahun dan pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital pada waktu itu. “Malah kejadian yang berlaku, pernah dipaparkan dalam sebuah program TV serta menarik perhatian bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial, Allahyarham Tan Sri Napsiah Omar pada era 90-an.
“Masalah rumah tangga yang dialami keluarga saya turut memberi kesan dan trauma kepada saya. Tapi ketika itu saya masih kecil dan tidak tahu saya mengalami masalah kesihatan mental,” katanya. Menurut Nadia, dia percaya detik hitam yang pernah berlaku dalam kehidupan peribadinya mempunyai hikmah dan tidak pernah menyimpan dendam terhadap bapanya. “Saya bukan nak buka aib keluarga tetapi ini adalah sebagai pengajaran terhadap isu gangguan mental. Malah, apa yang berlaku tidak membuatkan saya membenci bapa. “Saya anggap semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Lagipun kejadian itu sudah lama, saya pandang positif. Buat apa nak susah hati perkara lepas. Dalam hidup ni satu saja yang saya mahukan iaitu ketenangan. Tenang itu mahal,” katanya.
Dalam masa sama, Nadia ingin mendidik orang ramai berkenaan kesihatan mental dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Eva. “Sebagai pelakon saya percaya kita boleh memainkan peranan dalam mendidik masyarakat terhadap isu kesihatan mental. Lagipun naskhah ini sarat dengan mesej positif mengenai isu ini. “Industri seni juga kehausan cerita yang berilmiah dan bermanfaat,” katanya yang memegang karektor doktor psikologi bernama Elly. Filem terbitan D’ Alphalegacy Sdn Bhd dan arahan Suhaiza Aziz ini bakal ditayangkan pada 26 Januari ini. Selain Nadia Brian, filem ini turut dibintangi oleh Nadia Aqilah, Shamsul Danish, Datuk Jaluddin Hasaan, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Tony Eusoff. Kredit, hmetro.