Terkedu bila tiba tiba Ramona tampil bongkarkan sikap sebenar Mira Filzah yang orang ramai tak tahu

Pelakon, Ramona Zam Zam mendedahkan rakan artis, Mira Filzah sebagai selebriti yang paling diminatinya ketika ini. Jelas Ramona, dia menyifatkan Mira memiliki keperibadian yang sangat tenang dan perkara tersebut jelas terpancar sewaktu mereka menjalani sesi pengambaran bersama baru-baru ini. Pengakuan tersebut dibuat oleh Ramona menerusi ruangan soal jawab yang dikendalikan di Instagram. “Currently @mfmirafilzah. Base on our last shoot together I’ve got such a calm and peaceful vibe from her. I enjoyed having her by my side cause Mira teramat tenang. She’s super soft dan polite which is totally the opposite of me. Ramona= Ribut,” tulisnya.

Katanya lagi, Mira merupakan seorang pelakon yang amat menjaga solatnya meski pun ketika waktu sibuk. “And she’s one of those actresses yang tak tinggal solat masa shooting, which I really adore that determination. It’s super remeh sebab kena remove make up lepas tu pakai balik berulang kali. “Dia sabar je dengn Ramona yang gelak 24 jam dekat set which makes me rasa segan cause she’s too polite but her peaceful vibe is too strong I understand now why Mira is so loved by many. Okay Mira Filzah belanja I dinner dekat Grand Hyatt lepas ni okay,” jelasnya lagi. Terdahulu, difahamkan Ramona dan Mira bakal bergandingan menerusi telefilem terbaru yang akan bersiaran di saluran Astro First tidak lama lagi. Sumber, MH

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Ada yang samakan baju Lofa dan Mira Filzah macam ikan lagi, sekali ini pula respon Lofa buat ramai yang terhibur. Program Next to Neelofa musim kedua telah memulakan siarannya di saluran Astro Ria pada penghujung Oktober lalu. Menurut Neelofa, kali ini dia menampilkan selebriti yang bergelar ibu bagi berkongsi pengalaman dan kisah hidup mereka. Antara selebriti yang menjadi jemputan Neelofa adalah ibunya sendiri Noor Kartini, Tya Ariffin, Lisa Surihani dan terbaru Mira Filzah. Terbaru, postingan laman Instagram jadi tumpuan ramai dimana penampilan Mira Filzah dan Neelofa yang masing-masing berbusana merah dan biru.

Menerusi perkongsian tersebut, disertakan juga dengan komen daripada seseorang yang menyamakan pakaian mereka dengan ikan lαga. “Kenapa saya nampak gambar ni macam ikan laga? Maafkan saya,” tulis individu tersebut. Menerusi ruangan komen, Meletop juga dapat dilihat Neelofa memberikan reaksi terhadap komen daripada warganet tersebut. “Pen merah pen biru, you marah I love you,” balas Neelofa berseloroh.