Tengah kecoh pasal isu orang ketiga, ini pula nasihat dari Mawar Rashid tentang rumahtangga

Pelakon Mawar Rashid antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan nasib yang menimpa aktres, Puteri Sarah Liyana. Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar berkata suami dan isteri sepatutnya saling melindungi antara satu sama lain. Pesan pelakon berusia 27 tahun ini, pasangan suami isteri kena menjaga rumah tangga mereka supaya tidak diganggu pihak lain. “Suami dan isteri, dua-dua kena saling melindungi antara satu sama lain. Jangan pernah biarkan pintu perkahwinan ‘dibuka’ kepada orang lain,” pesan Mawar.

Rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Mawar, namun ada juga yang beranggapan sesetengah perkahwinan musnah biarpun sudah dijaga baik disebabkan orang ketiga. “Tak semua orang bernasib baik… kalau tak buka pintu, dirempuh juga sampai pecah pintu rumah. “Tak juga… kalau datang bab* menyondol, kadang-kadang singa pun tak mampu buat apa dah,” antara komen warganet. Terdahulu, emosi Mawar turut terganggu dengan nasib yang menimpa rumah tangga rakan selebritinya iaitu Puteri Sarah Liyana. Mawar memberitahu dia juga dapat merasai kesakitan Puteri Sarah memandangkan dirinya juga seorang ibu kepada dua cahaya mata.

Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Kredit, Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Bangkit melalui pengalaman. Pengalaman lalu banyak memberikan pengajaran buat Mawar Rashid untuk bangkit semula selepas menerima kritikan negatif warganet. Pengalaman ditimba sepanjang bergelar anak seni banyak memberikan keyakinan sekali gus membuang perasaan gemuruh ketika ditemuramah secara langsung. Dari dunia lakonan, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid bersyukur apabila perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan baik. Bersungguh-sungguh dalam apa saja bidang diceburi, Mawar kini mampu tersenyum dengan hasil kerja keras dan penat-lelah dilaluinya.

“Sebenarnya dari kecil saya mempunyai cita-cita yang tinggi. Sejak sekolah rendah, saya teringin nak masuk TV selepas melihat lakonan Elfira Loy. Dengan usaha dan berkat doa ibu saya berjaya ceburi industri seni. “Saya pernah melalui fasa di mana saya hilang keyakinan diri, cepat gemuruh bila bercakap dan rasa tertekan selepas kejadian kritik ketika berada di sebuah program. “Namun, saya bangkit semula. Saya percaya pada diri sebab saya ada cita-cita yang tinggi dan yakin Allah akan tunjukkan jalan. “Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan ingin membantu orang lain juga,” katanya.

Mawar pernah mencetuskan kontroversi ketika awal kemunculannya sebagai finalis Dewi Remaja 2014/2015. Isu berkenaan tinggalkan impak yang mendalam sehingga menjadi tular di media sosial. Sementara itu, Mawar yang kini sedang berbadan dua, berkongsi berita mengenai kehamilan ketiganya di Instagram. Mawar turut membuat kejutan buat suaminya yang juga adik kepada chef selebriti Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob mengenai kehamilannya itu ketika bercuti di Paris, Jun lalu. Menerusi video itu, Mawar yang tidak dapat menahan sebak dilihat menyerahkan kit ujian kehamilan kepada suaminya di depan Menara Eiffel.

Dalam pada itu, Mawar turut meluahkan rasa sebak dengan cabaran dan halangan sepanjang menjalani bahtera perkahwinan bersama suaminya itu. “Selamat ulang tahun buat suamiku, semoga jodoh kita berkekalan hingga ke Jannah dan berbahagia hingga ke anak cucu. Saya sebenarnya sebak ketika membuat video penghargaan ini. “Banyak suka-duka dan cabaran yang kita dapat lalui bersama-sama. Kita berdua saling belajar dan memahami erti kehidupan. Malah, ketika dijangkiti Covid-19, kita menjaga satu sama lain. “Sama-sama bersusah payah menjaga anak-anak dan saling pening dengan kerenah masing-masing. Dalam pada mencari rezeki, kita berdua juga saling berubah ke arah kebaikan.

“Alhamdulillah, walaupun sudah lima tahun melayari bahtera rumah tangga, semakin kita sama-sama lebih mengenali hati budi masing-masing sekali gus menjadikan kasih sayang itu lebih bermakna. Semoga Allah SWT memberkati kita semua,” katanya. Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta, 2. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 12, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 8.