Suka cara Ustaz Haris ajar, Nora puji penghijrahan Lofa yang sekarang

Selebriti terkenal Neelofa sentiasa mengisi masa dengan majlis ilmu yang dihadiri ahli agama dan rakan-rakan industri seni. Terbaru, Neelofa dan suami, Haris Ismail hadir ke Usrah & Jamuan 30 Sifat Untuk Ke Syurga yang menjemput Ustaz Wadi Annuar sebagai penceramah. Penyanyi Datuk Nora Ariffin antara barisan selebriti yang dijemput ke The Agam, Sungai Penchala. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nora, 50, bersyukur melihat perubahan usahawan berumur 34 tahun ini yang memilih untuk berhijrah di ketika kemuncak popularitinya. Pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin memuji dengan penampilan hos program Next To Neelofa yang makin berseri selepas memakai niqab.

“Subhanallahh, bila jumpa Neelofa teringat masa mula-mula tengok dia berlakon filem Azura dulu, dalam hati comel sungguh mek kelate (Kelantan) ini. Alhamdulillahh dalam kemuncak mencipta nama, dia berhijrah. Masya-Allah tengok dia sekarang, makin tutup makin cantik berseri, ditambah dengan ilmu yang semakin mantap dari suami. Dalam pada itu, pelantun lagu Rela Berpisah turut mendoakan agar pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor kekal istiqamah serta berjaya dunia akhirat. “Moga istiqamah sampai bila-bila, berjaya dunia akhirat, bertambah rezeki dan tambah keluarga. Tahniah kesayanganku Neelofa. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *