Baru balik dari tanah suci, ramai yang terkejut bila tengok penampilan terkini Intan Najuwa

Sebelum ini, pelakon Intan Najuwa meluahkan rasa gementar apabila ingin menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya pada 3 Januari lalu. Namun begitu, tindakannya memuat naik foto menjolok mata ketika bercuti di Dubai baru-baru ini menjadi bualan warganet. Menerusi hantaran di Instagram, memaparkan Intan mengenakan gaun berwarna mustard dengan berlatarkan padang pasir. Dalam pada itu, kelihatan pelakon Jesnita ini turut menaiki kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV).

Namun, apa yang menjadi perhatian warganet adalah gaun yang dipakai oleh pelakon berusia 26 tahun itu di mana ia terdedah di bahagian tepi perutnya sekaligus mengundang kritikan memandangkan dia baru sahaja pulang dari Tanah Suci.

Sumber : Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Teruk kena kritik pasal video yang tular, tak boleh berdiam sekali ini penjelasan dari Intan Najuwa. NAMA pelakon Intan Najuwa menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial selepas tular video berpeluk dengan aktor, Aliff Aziz di pusat peranginan, Genting Highlands, Pahang. Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, memberitahu babak mesra itu dirakam semasa dia menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter. Menurut Intan, kesemua kru produksi yang terlibat untuk drama berkenaan turut berada di set penggambaran ketika itu. “Kan tengah shooting, nampak tak kamera tengah rolling tu. “Semua orang dekat situ tengah shooting drama Jodohku Babysitter. Ingat apa nak peluk saja-saja ke, dah tak ada kerja sangat ke?” katanya. Intan Najuwa menjawab mengenai persoalan itu menerusi Instastory pada Khamis. Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif.

Sebelum itu, beberapa blog hiburan melaporkan mengenai video memperlihatkan aksi mesra Intan bersama Aliff Aziz. Ia mengundang rasa kurang senang segelintir warganet hingga ada menyelar tindakan aktres ini dilihat bermesra dengan suami kepada Bella Astillah itu. Sementara itu, Intan turut meminta blogger tidak menyebarkan berita tidak benar berhubung video berkenaan. “Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif,” soalnya. Jodohku Babysitter bersiaran di Astro merupakan karya adaptasi novel Nureen Ahmad. Selain Intan Najuwa dan Aliff Aziz, drama ini turut dibintangi oleh Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shohara, Yuna Rahim, Nina Juren, Isaac Iman dan Tasya Nazira. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Mstar