Ramai yang pelik bila keluarga tiada yang bersuara, sekali Puteri Sarah dedah ini yang menyebabkan mereka tidak bersuara

Krisis rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof sememangnya menjadi topik utama di media sosial sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Selain Puteri Sarah dan Syamsul, keluarga pengarah tersohor itu juga turut ada membuat kenyataan berhubung rumah tangga mereka yang sedang diuji. Namun, ramai tertanya-tanya mengapa tiada seorang pun ahli keluarga Puteri Sarah yang tampil mengulas perihal isu tersebut sedangkan mereka sentiasa menyokong setiap tindakan pelakon itu dalam menegakkan keadilan untuknya dan anak-anak.

Menerusi laporan, Puteri Sarah memaklumkan keluarganya terutama ibu bapa tidak lantang dalam isu rumah tangganya disebabkan faktor kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional. “Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya. Dia yang ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam turut memperkenalkan dua orang adik, Puteri Sofia dan Megat Imran yang menemaninya sebelum membuat tuntutan cerai.

“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara. “Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material. “Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” ujarnya. Tindakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang menuntut cerai kepada suaminya adalah disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun lalu. Kemuncaknya berlaku apabila Syamsul sendiri memuat naik video mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan wanita itu, Kazar Saisi.

Sejak Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, ibunya Datin Patimah Ismail tidak merestui perkahwinan tersebut. Terbaru, Datin Patimah ada memuat naik ‘quotes’ dari Majalah Nona berkenaan poligami yang memecah belahkan bukanlah mengikut sunnah. “Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat. Poligami yang memecah-belahkan bukan mengikut sunnah,” tulis quotes itu. Sebelum ini, Datin Patimah berkata dia bersedia untuk memaafkan Syamsul namun tidak keluarga Ira Kazar.

Sumber, Kosmo!. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Ramai yang kritik ibu mertua, sekali Puteri Sarah dedah ada sebab mertua dia marah sangat. GARA-GARA lantang bersuara di media sosial, ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah Ismail teruk dikritik warganet. Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata ada sebab ibu mentuanya kecewa dengan tindakan Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kazar dan perkara itu hanya diketahui oleh keluarga sahaja. “Saya faham perasaan ibu mentua saya sekarang… memang dia tak puas hati dan sedih. “Saya nak jelaskan di sini, apbila dia meluahkan rasa tidak puas hati ramai yang kritik dia tapi warganet di luar sana tidak tahu apa yang berlaku.

“Ada sebab kenapa dia macam itu… hanya saya, pihak mentua dan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sahaja yang tahu,” katanya. Untuk rekod, Sarah dan suaminya Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Kredit, mstar. Lepas failkan perpisahan, ini pula tindakan Puteri Sarah pada Ira Kazar dan keluarga. PEGUAM kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya itu akan meneruskan saman injuksi terhadap keluarga Kazar Saisi kerana didakwa telah ingkar perintah mahkamah. Menurut Akberdin, isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan keluarganya ingkar perintah injuksi apabila memuat naik kenyataan berkaitan Puteri Sarah di media sosial selepas perintah itu dikeluarkan. “Kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, ayahnya dan kakaknya kerana terang-terangan telah ingkar perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil tempoh hari. “Perintah injunksi itu memang kekal sehingga sekarang tapi jelas sekali mereka sudah ingkar perintah berkenaan,” katanya.

Akberdin berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin. Dalam pada itu, Akberdin memberitahu sebelum ini pihaknya sudah menghantar surat amaran kepada keluarga Kazar, namun mereka sekali lagi ingkar dan menganggu defendan.Malah, tindakan lebih berani dilakukan apabila Ira dan Syamsul bernikah di luar negara tanpa mendapat persetujuan daripada mahkamah syariah di Malaysia. “Kita akan tunjukkan jenis-jenis pelnggran yang telah dilakukan. Sebelum ini memang mereka telah melnggr namun selepas diberi surat amaran, mereka tidak lagi melakukannya. “Kali ini nampaknya memang pelnggrn yang paling dahsyat. Mereka sama sekali tidak boleh menganggu defendan sehingga kes mahkamah selesai.

“Tapi mereka buat lagi dan terus ke luar negara bernikah tanpa mendapat izin mahkamah di sini (Malaysia). Jelas, perbuatan itu bercanggah dengan perintah injunksi,” ujarnya. Terdahulu, Sarah telah memfailkan permohonan untuk berpisah di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan pada Isnin. Mahkamah berkenaan kemudian menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebuatan kes. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. Kredit, mstar.