Baru-baru ini tular video seorang wanita yang juga model sambilan yang menawarkan dirinya untuk menjadi isteri ketiga kepada pengarah Syamsul Yusof. Malah, video berkenaan turut mendapat perhatian isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana. Terbaharu, seorang lelaki pula yang menawarkan dirinya untuk menjadi suami kepada Puteri Sarah. Difahamkan video tersebut dimuat naik dengan tujuan bergurau susulan pelakon tersebut nekad menuntut perceraian daripada suaminya, Syamsul selepas pengarah kontroversi itu selamat menikahi aktres Ira Kazar. “Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulis lelaki berkenaan. Klik sini untuk lihat video.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah menarik perhatian pempengaruh media sosial iaitu Caprice. Kata Caprice, tindakan individu berkenaan disifatkan sebagai seorang yang biadab kerana Puteri Sarah masih berstatus isteri kepada Syamsul. “Bagi Caprice ini agak biadap! Korang tak belajar ke apa? Dia (Puteri Sarah) masih isteri orang,” tulisnya. Caprice berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Stories sambil memuat naik gambar individu berkenaan.
Kredit, gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Isteri seharian muram, rupanya Caprice terlupa pasal ulang tahun pertama perkahwinan. AKIBAT sibuk dengan pelbagai tugasan, penyanyi rap Caprice terlupa akan sambutan ulang tahun perkahwinan pertama bersama isteri, Farra Inalis pada 15 November lalu. Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, dia hanya menyedari tentang perkara itu selepas isterinya menunjukkan protes sepanjang hari terhadapnya. “Terima kasih sebab bersabar selama 12 bulan dengan lelaki paling kontroversi di Malaysia. Tak sangka sudah setahun. “Patut semalam ada orang macam moody, kita pun tak tahu apa punca. Selepas seharian kerja baru teringat, anniversary!,” katanya menerusi Instagram.
Caprice turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada Farra kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga terlupa akan ulang tahun perkahwinan mereka. Penyanyi rap itu turut terharu apabila isterinya itu terpaksa berdepan dengan pelbagai drama sepanjang setahun mereka mendirikan rumah tangga. “Minta maaf sangat sebab sangat sibuk sejak kebelakangan ini dengan pelbagai kerja. Selamat satu tahun, semoga kekal ke Jannah Insya Allah. “Minta maaf juga kerana belum jadi yang terbaik dan selalu kena bersabar dengan pelbagai drama,” tulis Caprice lagi.
Sementara itu, Caprice turut tinggalkan pesan kepada golongan lelaki bergelar suami agar lebih peka tentang tarikh penting terutamanya ulang tahun perkahwinan. Katanya, ia penting sekiranya ingin mengelakkan ada pihak bermasam muka dan menunjukkan protes tidak berpuas hati dengan sang suami. “Kepada anak muda yang baru nak berkahwin atau terfikir nak berumah tangga, satu sahaja benda saya nak pesan. “Set alaram tiga hari sebelum anniversary, dua hari dan sehari sebelum ulang tahun. Seminit sebelum anniversary. Insya Allah selamat,” ujarnya berseloroh. Untuk rekod, Caprice dan Fara, 27, yang juga seorang ibu tunggal berkahwin pada 15 November 2021. Kredit, Mstar.