Ada yang tanya pasal Fatin, tapi respon suamii dia tu buat warganet rasa sesuatu sangat

Semenjak bergelar suami isteri, pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang kerap melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok. Walau bagaimanapun, kenyataan suami kepada Fatin menerusi satu live baru-baru ini membuatkan ramai tidak senang dengan apa yang diperkatakan. Menerusi suntingan live yang dimuat naik di Tiktok, kelihatan pasangan itu di dalam kereta sambil menjawab pelbagai soalan yang dikemukan oleh para warganet. Namun, apa yang jadi perhatian apabila warganet bertanya bagaimana Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai mendapatkan cinta Fatin sebelum mendirikan rumah tangga.

“Saya jawab jujur. Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya dari saya. Sebab kalau korang jadi lelaki yang dominant (berkuasa), lelaki yang Alfa, yang tegas, jadi lelaki yang tahu apa yang dia nak, perempuan akan tertarik. Jadi, masa saya nak ngorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin. Tambah Aliff, lelaki sejati akan merasakan usaha dalam mengambil hati seorang wanita untuk dijadikan suri hati adalah sesuatu yang mudah.” Walau bagaimanapun, rata-rata warganet merasakan kurang senang dengan jawapan yang dilontarkan dari suami pelantun lagu ‘Tentang Bulan’ itu.

Namun menjengah ke ruangan komen, ada juga warganet yang mendoakan pasangan itu untuk kekal bahagia tanpa memikirkan mulut-mulut orang luar. Kredit, Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Selamba je suami Fatin Afeefa tayang pendapatan 76k seminggu sambil cakap macam ni buat warganet geram. Selepas berkahwin pada 30 Disember lalu, Fatin Afeefa dan jutawan muda, Aliff Awang sering jadi tumpuan warganet di media sosial. Terbaru, sebuah video yang disiarkan semula oleh warganet bertebaran di media sosial sehinggakan Fatin dan Aliff atau lebih mesra disapa Opai menjadi bualan hangat. Menerusi video itu, Fatin seakan terkejut apabila Opai menyebut perkataan pisah ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok. “Sumpah tak kelakar saya tengah buat live,” kata Fatin. “Saya punya sifat suka kumpul kereta mewah. Mana saya nak lepaskan awak,” jawab Opai sambil mencium dahi Fatin. Aksi sweet dari Opai itu membuatkan aktres berumur 29 tahun ini berseloroh dengan membahan golongan ‘single.’

Opai turut menjadi ‘tukang tambah’ dengan menayang keuntungan yang diperoleh selama seminggu hasil daripada pelaburan saham online. “Dah la single, tak ada duit pula tu. Sweet dengan bini murah rezeki. Hari ini saja dah dapat 15,500 USD (RM67,000). Minggu ini saja dah buat 17,500 USD (RM76,000). Korang semua sayuran!” Bagaimanapun, kenyataan yang keluar daripada mulut Opai itu telah mengundang kritikan daripada pengikut. Rata-ratanya menegur sikap Opai yang terlampau riak dengan rezeki Allah sehinggakan menyinggung perasaan orang lain. Klik sini untuk lihat video.

Terdahulu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan berpisah 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7. Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. Sumber, Ohbulan.