Isu rumahtangga jadi bualan hangat warganet, tak sangka ini pula respon dari Datuk Zainal Abidin

Sejak beberapa hari lalu, panas di media sosial berhubung kejadian prblhan isteri-isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam pada Isnin pagi. Pun begitu, kedua-dua pihak baik mengambil tindakan untuk berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan walaupun ada segelintir ahli keluarga menyuarakan pandangan. Memetik laporan Kosmo! Online, bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang F.C berkata, jadualnya sangat sibuk buat masa sekarang selain belum bersedia nak memberi sebarang kenyataan.

“Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan,”ujarnya. Dalam pada itu, Zainal yang juga bekas pemain bola sepak terkenal era 80-an dan 90-an meminta media untuk menelefonnya semula pada keesokan harinya. “Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online kelmarin. Difahamkan, Zainal terus menamatkan panggilan selain tidak membalas sebarang pesanan yang ditinggalkan dalam aplikasi WhatsApp. Mungkin benar-benar sibuk dan mahukan privasi bagi menyelesaikan masalah yang berlaku secara peribadi.

Apa-apa pun, diharapkan agar salah faham ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan sebarang prblhan semua pihak. Terdahulu, nama Zainal menjadi bualan ramai apabila dia berkahwin kali kedua sedangkan masih bergelar suami kepada isteri pertama. Lebih jadi tumpuan apabila isteri keduanya merupakan Fyna Jebat iaitu adik kepada penyanyi, Ayda Jebat. Apa yang membuatkan ia ‘panas’ apabila prblhan yang berlaku baru-baru ini adalah kerana isteri pertama marah kepada Fyna kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya. Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Kesksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Sumber, Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.