Lebih sedekad dalam industri jadikan Aina Abdul inspirasi kepada semua

Aina Abdul, 30 menjadi trending di laman sosial. Kekuatan vokal memukau, lagu ‘Terus Hidup’ dendangannya jadi perhatian ramai. Aina yang terkenal dengan gaya yang unik pada setiap persembahannya kerap kali menjadi topik hangat di laman sosial. Namun wanita ini tidak datang dengan gosip murahan dan omongan kosong, bakatnya yang menyerlah dalam dunia seni wajar dijadikan inspirasi para wanita. Dalam hantaran di Instagram, Aina yang muncul juara Anugerah Juara Lagu 37 dan vokal terbaik memberikan ucapan penghargaan buat peminat.

Lebih sedekad dalam industri, usaha, ketekalan dan fokusnya membuahkan kejayaan paling manis. Berikut adalah fakta membanggakan Aina yang wajar dijadikan inspirasi. Aina Abdul yang dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan memiliki Sarjana Muda Muzik Kontemporari dari Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Beliau ialah anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Zaini Abdullah dan Abdul Ghani Abdullah memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi di kelab malam, restoran dan lounge termasuk No Black Tie. kemudian terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 2010. Beliau kemudian memenangi tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011 dan pada tahun berikutnya, beliau memenangi tempat pertama di Golden Voices of PJ.

Selepas itu beliau terpilih mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan menjadi pemenang Vocalist of the World. Pada tahun 2020, Aina menjadi salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia dengan menggayakan kostum Bunga Raya dan berjaya merangkul gelaran juara. Beliau seterusnya menyertai Vokal Mania dan muncul sebagai juara bersama Aisha Retno sebagai Juara Rookie. Pada Disember 2020, lagunya Semalam layak mara ke AJL35 dan meraih naib juara.

Kredit Sinar Plus PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.