Tak nak Ali Puteh bayar secara ansuran, akhirnya Hidayah tampil dedah ini sebabnya

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah menggesa pelawak Ali Puteh membayar RM60,000 kepadanya yang ditetapkan mahkamah sebelum ini dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran. Hidayah berkata dia tidak bersetuju sekiranya pihak Ali mahu menjelaskan jumlah bayaran berkenaan secara ansuran kerana tempoh masa yang agak lama sudah diberi dan kini dia ingin fokus dengan kehidupan bersama anak, Syed Uthman Hamzah serta perniagaan. “Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas. “Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga sama ada peguam daripada pihaknya sudah dimaklumkan yang Ali mahu membayar secara ansuran, Hidayah berkata peguamnya tidak menerima sebarang surat seperti mana yang diwar-warkan oleh pihak sana. Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Ali memberitahu dia akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada Hidayah yang ditetapkan mahkamah sebelum ini secara ansuran. Katanya, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah. Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Sumber, LimauAsamBoi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Cakap kakak ipar ada niat tak elok, sekali Ali Puteh dedah benda ni dia buat dengan barang yang ditabur luar rumah tu. Semalam, pelawak Ali Puteh mendakwa menjumpai taburan garam kasar, kulit limau, daun yang dah dicarik serta bangkai mengkarung di sekeliling rumah selepas kakak iparnya, Hidayah, pulang. Pelawak ini mengucap panjang bertanyakan motif amalan khurafat itu dibuat. Ali berkata dia sama sekali tak takut dengan barang-barang yang ditabur itu meskipun dia harus mrti. Difahamkan, pada pagi Jumaat Hidayah dan keluarga datang bersama peguam ke rumah peninggalan Abam Bocey namun tak disambut penghuni rumah.

Video perkongsian Ali Puteh itu bagaimanapun telah dipadam kurang satu jam selepas ia dimuat naik. Perkara itu dah tentu menimbulkan tanda tanya orang ramai sama ada betul ke dakwaan tu. Terbaru, pelawak ini berkata, ada yang tinggalkan komen sindir serta menganggap taburan garam limau dan bngkai yang dijumpainya itu sebagai mainan. Handal dengan ilmu Allah berikan untuk bantu orang. Bukan handal dengan ilmu untuk aniaya orang. Namun katanya, orang ramai tak akan faham selagi tak kena pada diri mereka sendiri. Peserta program Raja Lawak musim ke- 6 ini turut tinggalkan pesan kepada ‘penabur barang’ bahawa dia dah pulangkan ‘pemberian’ tersebut.

Terdahulu Ada warganet tampil beri penjelasan, jawab persoalan di timbulkan Ali Puteh. Waris dtg kau tak keluar time org datang tu kenapa .. main lato lato ke dalam rumah tu haa. Dekat video dia tadi , dia ckp 1. Dia x thu motif kak ipaq dia mai. (Dah tu adik kau x bukak pintu jemput. Mmng la kau x thu. Satu lgi dayah mai sejam. Dah tu adik kau x reti call ke waktu dia ada. Dah blah baru nak call?) hahaha. 2. Pasal ada garam kasaq dan kulit limau. Katanya dayah dan ayahnya tabur. (Tp komen semua x caya) 3. Ali ckp bukan dia duk. Tp adik dia. adik dia ada anak kecik lgi. 4. Dia tunjuk binatang mcm biawak kecik tu mti tak ada kepala. (tapi komen ckp.. rumah pun semak. Mmng la binatang byk mti)

5. Dia pi ckp lak yg dia malas nak buruk-burukkan org tapi waktu dia kemas bilik arwh (dia ckp ye dia bukan selongkar) dia jumpa benda (syrik). 6. Dia ckp cukup cukup la buat abang dia menderita dgn apa si dayah buat. (Yg ni aku x blh brain dah). 7. Dia mengaku dia kalah dan akan bayar secara ansuran. Tp dayah ckp masih tiada bayaran. 8. Oh! Dia ada ckp. “Allah x ajar mcm ni” sambil pgng garam kasaq dan limau. Tp ramai komen yg bahan2 tu mmng dalam islam kan ada ajar untuk elakkan benda halus , buang benda x elok. So ramai marah ali ckp mcm tu. Dan ali… Allah swt ada ajar. Tak baik ambik hak anak yatim ye. Sbb dosanya sgt besar dan berat. Solutionnyaa.. Ali nak buat plan B tapi plan dia x jadiii. Kena kritik kaw kaw dkt komen. Haih.

Sumber, Hmetro.