Yusuf Iskandar pertama kali belajar memancing, tapi gelagat Achey pula jadi perhatian warganet

Nama Yusuf Iskandar merupakan salah satu nama besar dalam kalangan anak-anak artis di Malaysia. Anak sulung kepada pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha itu mendapat perhatian orang ramai sejak dia dilahirkan sehingga kini. Selepas Yusuf di lahirkan, Hairul dan Hanis memutuskan untuk membuat akaun sosial media terutamanya di instagram. Akaun instagram tersebut mendapat perhatian hingga sekarang, ia mencecah 2.6 juta pengikut. Bermulanya dengan akaun instagram tersebut, Yusuf mendapat perhatian untuk membuat Paid Review dari kecil. Klik sini untuk lihat video.

Dengan akaun instagram tersebut jugalah, Hairul dan Hanis menyimpan kenangan gambar-gambar Yusuf dari kecil hingga sekarang. Selain untuk menyimpan gambar kenangan, akaun tersebut juga adalah untuk memberitahu kepada pengikut mengenai aktiviti sehari-harian Yusuf. Baru-baru ini, di instagram milik yusuf dikongsikan satu video di mana yusuf cuba untuk belajar memancing bersama Hairul dan Achey. Tak disangka, selepas Yusuf cuba memancing untuk pertama kali itu, dia berhasil mendapat ikan yang besar yang membuatkan Hairul dan Achey terkejut. Di ruang komen pula, rata-rata mereka terhibur mengenai Achey yang cuba untuk bercakap inggeris dengan Yusuf.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.