Lafazkan talak depan keluarga, kali ni adik ipar Hafidz Roshdi tampil bongkarkan sesuatu

Pelakon Hafidz Roshdi didakwa sudah melafazkan talak terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Memetik laporan Mstar, perkara itu disahkan adik Nurul Shuhada, yang dikenali sebagai Sofia, 25, yang memaklumkan Hafidz melafazkan talak itu menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarganya. Menurutnya, keputusan untuk berpisah itu dicapai kedua-dua belah pihak keluarga. “Memang betul, Hafidz dah lafazkan talak satu kepada kakak saya melalui telefon di hadapan semua ahli keluarga masing-masing,” katanya di sini pada Khamis. Menurut laporan berkenaan, Hafidz ketika itu berada di Shah Alam sementara Nurul Shuhada dan keluarganya berada di Perlis.

“Insya-Allah Shuhada akan failkan talak di mahkamah di Kuala Lumpur nanti. Kami sedang bercakap dengan peguam untuk tarikh perbicaraan sebab ia masih dalam proses,” katanya lagi. Sementara itu Harian Metro pula melaporkan, permohonan perpisahan itu akan difailkan pada 1 Mac ini, yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Nurul Shuhada. Sebentar tadi hangat diperkatakan apabila pelakon Hafidz Roshdi didakwa telah melepaskan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Memetik Harian Metro, sumber memberitahu pelakon itu melepaskan isterinya dengan talak satu bersaksikan keluarga. Lebih mengejutkan, Shuhada dikhabarkan bakal memfailkan perpisahan pada 1 Mac depan yang merupakan tarikh hari lahirnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Shuhada dilihat ada memuat naik sebuah kata-kata seolah memberi bayangan terhadap situasi dialaminya. “Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak..aamiin Ya Mujib,” tulisnya. Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendedahkan pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain. Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu. Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku. Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2. Sumber, ASTRO AWANI. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.