Bawa ank ank mengerjakan umrah, sedih pula bila tengok orang luar layan anak Puteri Sarah

Isteri dan anak-anak kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof kini berada di Dubai selepas mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Dalam perkongsian terkini, Puteri Sarah, dapat dilihat dia bersama anak-anak Syaikhul Islam dan Sumayyah meluangkan masa bercuti dan melawati Dubai Desert Safari. “Tenangkan dirimu dalam segala situasi…” – Puteri Sarah. Seperti biasa, tiap kali Puteri Sarah berkongsi, pasti akan ada komen-komen dari ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang sering tarik perhatian warganet.

Kali ini, Datin Patimah berasa sebak melihat menantu dan cucu-cucunya membawa diri hingga ke padang pasir. “Selamat bermusafir dan mencari diri ya nak” – Fadzilah Kamsah. Malah, komen dari pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah turut memberikan kata-kata semangat buat Puteri Sarah. Ramai orang hari ni minta cari kekuatan. Tetapi bila dapat kekuatan, ujian juga bertambah kuat. Bila dapat kekuatan, belum tentu tenang hatinya. Namun bila dapat tenang, maka kuat hatinya. Sejak berangkat menunaikan umrah, rata-rata peminat ternanti-nantikan perkongsian terkini daripada Puteri Sarah Liyana dan anak-anak sepanjang di Tanah Suci Mekah. Antara video yang menarik perhatian adalah apabila Sarah berkongsi saat-saat indah ketika bersama dua orang anaknya, Syaikhul dan Sumayyah ketika meniziarahi banyak tempat.

Seperti yang ramai ketahui, Syamsul Yusof tidak bersama-sama Sarah dan dua anak mereka untuk umrah kali ini dan ia menimbulkan rasa sedih warganet. Apatah lagi, video dikongsi Sarah menunjukkan Syaikhul dan Sumyyah ditemani kru mutawwif dan jemaah umrah lain yang melayani mereka berdua sepanjang berada di sana. Ramai warganet meluahkan rasa sebak melihat mereka ke sana tanpa ayah dan berkata Syaikhul dan Sumayyah nampak seperti sangat merindui kehadiran seorang bapa di sisi. Klik sini untuk lihat video.

Sebelum ini, Sarah turut memaklumkan di Instagram tentang kesihatan anaknya, Syaikhul yang demam sebaik mereka tiba di Madinah dan disusuli pula dengan Sumayyah selepas itu. Rata-ratanya mendoakan urusan Sarah dipermudah ketika berada di sana dan terus kuat melalui ujian dalam rumah tangganya ketika ini. Cukuplah 9 tahun. “Kita mulakan (kehidupan rumah tangga) pada 8 Mac (2014), kita habiskan 8 Mac ini.” Itu reaksi pelakon Puteri Sarah Liyana ketika menjelaskan tarikh sebutan kes permohonan pisah terhadap suami, Syamsul Yusof yang ditetapkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini pada 7 Mac depan, iaitu secara kebetulan, sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.

Puteri Sarah berkata, tempoh sembilan tahun hidup bersama Syamsul disifatkan sudah memadai. “Tarikh ditetapkan mahkamah iaitu 7 Mac sangat signifikan di mana pada 8 Mac ini, cukup sembilan tahun (usia perkahwinan). “Cukuplah sembilan tahun saya jadi isteri kepada Mohd Syamsul… Nampaknya, tiada rezeki sudah,” katanya kepada pemberita sejurus menyudahkan prosiding memfailkan perpisahan terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini. Puteri Sarah berkata, sepanjang tempoh perkahwinan terutama ketika mereka dilanda krisis, beliau sudah melaksanakan tanggungjawab terbaik sebagai isteri.

“Sarah sudah jalankan tanggungjawab dengan terbaik. Sarah juga sudah berbincang dengan keluarga termasuk mentua, berjumpa ustaz dan melakukan solat istikharah agar diberi petunjuk. “Inilah yang terbaik dan Allah sudah tunjukkan jalan,” katanya. Mengenai dakwaan konon beliau anti poligami, Puteri Sarah berkata: “Poligami itu indah kalau suami bersikap adil. Tetapi dalam kes ini, Sarah ditipu dan tidak diajak berbincang,” katanya. Puteri Sarah lega prosiding memfailkan perpisahan selesai dengan lancar, malah, mengumpamakan suatu beban sudah terlepas daripada bahunya.

“Saya sangat lega… Alhamdulillah. Bagai suatu beban lepas daripada bahu dan semuanya selesai menjelang 10 hari sebelum saya dan anak-anak mengerjakan ibadat Umrah,” katanya. Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya. Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan dan Summayah, tiga tahun.

Sumber, Limauasamboi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.