Bangun je dari tidur terus minta makan, reaksi ank Ryzal Ibrahim tarik perhatian ramai

Tidak dinafikan anak – anak yang dalam proses membesar pastinya akan suka makan tidak kira masa dan ketika.  Pantang nampak makanan di hadapan pastinya akan diminta untuk diberikan kepada mereka dan menjadi santapan mereka. Seperti perkongsian daripada personaliti media Ryzal Ibrahim dan Maryam mengenai anak mereka, Nik You Rina yang berusia setahun.  Menerusi perkongsian di laman Instagram milik anak pasangan ini iaitu Duriankimchijuniour, dapat dilihat Rina menghulurkan sesuatu kepada mamanya. Klik sini untuk lihat video.

Rina yang baru bangun daripada tidur dengan rambut kusut menghulurkan bekas keropok untuk dibukakan.  Gelagat Rina yang sedang makan keropok berperisa pedas dengan bersungguh menghiburkan mereka yang melihat.  Lailahailallah.. pagi2 bangun mintak buka kotak keropok. Kenapa budak ni suka sangat keropok cili,” kapsyennya

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat gelagat Rina yang asyik memakan keropok. Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Ada yang mengutuk sebab bagi anak makanan frozen, tak boleh berdiam sekali Ryzal dedahkan sesuatu pasal Maryam yang ramai tak tahu. Menjadi seorang ibu bukanlah suatu perkara yang mudah terutama buat mereka yang mempunyai anak kecil. Di Instagram, personaliti media sosial iaitu Ryzal Ibrahim berkongsi rutin harian isterinya iaitu Maryam tatkala menyediakan makanan buat anak sulung mereka, Rina. Bagi memastikan anak sulung mereka sentiasa sihat dan terjaga dengan baik sepanjang masa, Maryam akan memasak dan menyediakan makanan bayi setiap malam. Tidak kenal erti penat, Ryzal sangat kagum dengan isterinya sendiri. Ujar Ryzal, Maryam melakukan semuanya secara sendiri sejak waktu pagi hingga ke malam.

Beberapa hari lepas Maryam datang tunjukkan saya mesej seorang ni yang gelakkan Maryam bagi anak makanan frozen? Saya tengok setiap story Maryam dia reply seperti tiada sijil UPSR. Saya dah malas nak layan sebenarnya tapi tengok riak muka Maryam macam terasa seperti dia ibu yang tidak sayangkan anak bagi makanan frozen. Saya bagitahu Maryam orang macam ni dia nak perhatian saja, sebab Maryam tak pernah reply mesej dia rasanya. Saya minta Maryam block dia, Kalau dia disini, minta ‘unfollow’ kami. Maryam dari awal pagi sampai sebelum tidur, hampir semuanya dia buat untuk Rina sehinggakan diri sendiri tak terjaga. Makanan ‘baby’ tu Maryam buat tiap malam untuk makan esok pagi sampai makan malam. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi posting yang dikongsikan juga, Ryzal meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir individu memperlekehkan usaha yang dilakukan oleh isterinya. Jelas Ryzal, dia menasihati Maryam supaya ‘block’ kesemua akaun yang tinggalkan komen negatif terhadap mereka. Sehingga sekarang, Maryam tak pernah beli makanan ‘baby’ di luar, semuanya dia buat sendiri. Malah, ketika balik Kelantan, kami sanggup bawa Sterilizer, Baby Mattress, Food Processor dan barang lain hantar dengan kereta ke Kelantan khas untuk Rina. Kami balik naik flight sebab risaukan jarak perjalanan yang jauh kerana Rina. Seorang ibu akan faham Maryam dan apa kami buat demi anak. Di akhir posting, Ryzal menyatakan bahawa hanya seorang ibu yang akan faham perasaan Maryam dan apa yang mereka cuba lakukan. Sumber, https://news131media.com/