Aliff dan Sophia dikatakan dah tak rapat lepas kecoh pasal kontroversi, ini pula respon dari pengarah

Kuala Lumpur: Pengarah filem dan drama sensasi, Osman Ali tidak mengetahui situasi di lokasi penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah membabitkan dua pelakon utama, Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah yang dikatakan sudah ‘dingin’ dan tidak berkomunikasi lagi. Ia berikutan, sumber memaklumkan dua pelakon yang membawa watak hero dan heroin itu didapati bekerja secara profesional untuk menyiapkan baki penggambaran babak mereka yang belum selesai, namun tidak lagi dilihat berkomunikasi dengan mesra seperti sebelum ini.

“Saya tak ada di set sekarang, di Langkawi. Balik kampung sekejap. Co-director (pengarah bersama) yang handle (urus) di sana. Saya tak tahu sebab ‘break’ (berehat) sekarang,” katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp. Ditanya juga mengenai maklum balas drama itu selepas berlakunya kontroversi, Osman berkata, ia difahamkan mendapat sambutan baik daripada penonton termasuk di media sosial. “Setakat ini sambutan baik. Respon (maklum balas) di media sosial pun Alhamdulillah Cuma, ‘actual’ (sebenarnya) rating dari TV3 saya belum dapat lagi.

“Mungkin ada pihak (penonton) yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong, masing-masing berhak untuk memilih. Apapun, saya yakin peminat Sophia dan Aliff, mereka tetap setia beri sokongan dan menonton drama ini dengan tolak ke tepi sebarang isu,” katanya. Terdahulu, timbul kontroversi membabitkan Aliff dan Sophia sehingga tercetusnya isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Aliff dan isterinya, Bella Astillah yang hangat diperkatakan hingga tular di media sosial sebelum drama ini disiarkan di slot Akasia TV3 mulai 6 Februari lalu.

Selain Aliff dan Sophia, drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah membariskan pelakon lain seperti Shah Iskandar, Jasmin Suraya, Halim Radzi, Didi Astillah, Zaki Azeman dan ramai lagi. Sumber, Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.