Bakat mak turun ke ank, ramai yang kagum tengok ank Fasha Sandha berlakon tapi bekas suami pula tak bagi dia jadi pelakon

Fasha Sandha baru-baru ini berkongsi sebuah video di Instagram (IG) tentang aktiviti anak keduanya yang menyertai persembahan di sekolah. Menerusi perkongsian video tersebut anak perempuan Fasha, Jemyma atau nama penuhnya Putri Raysha Jemyma dilihat sangat bersahaja di atas pentas ketika melakonkan wataknya di dalam persembahan Bahasa Inggeris itu. Walaupun bakat lakonan pelakon jelita ini dilihat telah diwarasi oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun itu, namun sayang sekali kerana bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang turut hadir menonton teater tersebut tidak membenarkan anak-anaknya memasuki bidang seni. Klik sini untuk lihat video.

“Anak perempuan saya ini sudah mula tunjuk minat nak jadi pelakon tapi sayangnya ayah tak izinkan untuk jadi pelakon televisyen & filem. Jemyma & Rayfal hanya boleh berlakon untuk pementasan sekolah sahaja. Sungguh pun begitu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut memberikan semangat dan sokongan penuh kepada usaha anak kesayangannya itu. Menjengah ke ruangan komen, video tersebut ternyata telah menarik perhatian warganet dan rata-rata mereka memuji bakat Jemyma yang saling tak tumpah seperti ibunya. Di dalam video tersebut juga kelihatan suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz, turut bersama-sama menghadiri ke pementasan itu untuk menyokong dan memberi semangat kepada anak tirinya.

Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.